I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, September 11, 2010

cheritera aidilfitri 2010

Assalamualaikum w.b.t semua..Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Alhamdulillah, Allah masih lg meminjamkan kita sedikit waktu utk kita terus beribadat dan m'abdikan diri kpdNya dan yg paling penting Dia mengizinkan kita semua utk meraikan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam di dunia ini. Setelah sebulan berpuasa, kita diberi peluang meraikan hari yg mulia ini. Lihat, betapa uniknya agama Allah ini. Tidak ada agama lain yg seunik, setanding dan setara dgn agama Islam ni. Syukur, alhamdulillah. :)

Seperti hari2 raya yg lepas, kebiasaannya kami semua akan berkumpul di rumah dahulu di Kuala Selangor sblm bergerak ke rumah nenek sy di Ijok. Ayah sy berasal drpd Selangor dan ibu sy pula drpd Johor. Disebabkan faktor usia nenek sy yg begitu tua dan uzur, kami sekeluarga mengambil keputusan utk beraya di kg sebelah ayah dahulu setiap kali hari raya. Alhamdulillah, ibu sy tak kisah & memahami situasi ayah sy. Kebiasaannya kami akan pulang ke kg ibu di Muar, Johor pada hari raya kedua. Berkumpul seluruh sanak saudara di kg merupakan satu perkara yg dinanti-nantikan. Masa inilah org kata baru nak kenal saudara. Mana tidaknya, msg2 ddk berjauhan. Ada juga sepupu sy yg belajar di Sarawak. Orang kata peluang utk berjumpa selalu tu mmg susah lah. Jadi, ini lah masanya utk berjumpa dan beramah mesra. 

Aidilfitri kali ini sebenarnya tersirat 1 kenangan yg mmg tak boleh sy lupakan. Tanggal 10 Sept. 2010 genap 13 thn pemergian arwah sepupu sy yg paling rapat dgn sy. Sepupu sy bernama Fendi. Sebenarnya, Fendi bukanlah sepupu yg sedarah dgn sy. Dia merupakan anak angkat kpd Mak Long sy yg kematian anak tunggalnya. Walaupun bkn sedarah, hubungan kami sgt rapat. Mana tdknya, kami sebaya. Kami bersekolah di sekolah yg sama, pergi sekolah bersama-sama, bermain bersama dan mcm2 lg. Disebabkan terlalu rapat, dia menganggap keluarga sy spt keluarganya sendiri. Dia memanggil ibu sy dgn panggilan ibu, kakak sy dgn panggilan angah, begitu juga yg lain. Cuma, dia tidak memanggil ayah sy dgn pnggilan abah tetapi dia memanggil 'uncle'.Sy coretkan sedikit rasa hati sy di sini sendainya Fendi boleh mengetahui apa yg sy rasa ketika ini.....

"Fendi,

Hari ni genap 13 thn pemergian Fendi. Kau tahu tak, raya kali ni Afiq rasa lain sgt. Ntah kenapa Afiq rasa raya kali ni mcm tak meriah b'banding dgn raya2 sebelumnya. Lepas solat hari raya, kitorg semua g umah nenek. Jumpa nenek, mama Fendi, ucu, mak su, pak lang, mak lang & semua. Jumpa Aidil gak. Ttbe Afiq t'ingat kita bertiga selalu main sama2 dulu. Yelah, kita kan sebaya. Lps tu, kitorg g ziarah kubur Fendi. Kubur Fendi kan sebelah dgn kubur arwah atok. Uncle baca Yaasin kat kubur atok, tp Afiq pndg je kat kubur Fendi. Afiq pandang nisan Fendi. Afiq dpt rasa Fendi suka tgk kitorg dtg ziarah kubur Fendi. Tak sangka dah 13 tahun. Peristiwa 13 thn dulu mmg Afiq takkan lupa sampai bila2...

Afiq masih ingt, pd 10 Sept 1997 merupakan cuti persekolahan. Afiq tak tahu Fendi suka memancing. Tengahari tu Fendi tunjuk kat Afiq ikan sembilang yg Fendi tangkap. Ikan tu besar Fendi letak kat dalam baldi. Kita tgk ikan tu sama2. Fendi citer semua benda yg Fendi tahu pasal ikan tu kat Afiq. Lepas tu kita pergi main buaian. Arwah atok yg buatkan buaian tu utk cucu2 atok. Bila waktu dah nak dkt petang, ibu ajak Afiq balik umah sebab ibu ada kerja nak buat. Afiq pun balik umah Afiq dan kita janji nak jumpa lg. Tapi Afiq tak sangka tu lah kali terakhir Afiq jumpa Fendi.
Petang tu kecoh nenek bagitahu Fendi hilang lps Fendi gaduh kecil dgn Yazid. Memang 1 kg tahu Fendi nakal tp Fendi tak pernah buat hal sampai tak balik umah. Dari waktu Asar sampai nak masuk Maghrib Fendi tak balik2. Hari pula hujan lebat. Semua risau kat Fendi. Semua orang cari Fendi tak jumpa2. Ibu risau, mama risau, nenek risau, uncle risau, semua orang risau. Kitorang semua ikhtiar cari Fendi 1 kg tp masih tak jumpa2. Selepas maghrib, semua orang kg tolong cari Fendi. Tiba2 org2 kg lalu kat sebuah kolam. Diorang nmpak selipar Fendi. Diorg tanya betul ke tu selipar Fendi & mama pun kata memang itu selipar Fendi. Dari situ semua org dah rasa tak sedap hati. Mengikut kata org, Fendi tergelincir ketika melintas kolam melalui titi yang ada kat situ. Titi tu pula reput. Sewaktu Fendi melintas, titi pun patah dan Fendi pun jatuh. Pak Hashim terus menyelam cari Fendi. Dan takdir Allah, Pak Hashim jumpa jasad Fendi dah kaku kat dasar kolam tu. Fendi dah tak bernafas! Pak Hashim angkat dan letak jasad Fendi kat atas. Bila kitorg diberitahu tntang berita tu, semua org tak percaya. Ibu menangis, Kak Un menangis, Angah menangis, mama dan nenek pun menangis. Masa tu Afiq tak berapa faham apa yg jadi. Yelah, usia ketika itu baru 7 thn. Afiq tanya ibu kenapa ibu menangis. Ibu pun cerita perkara yg sbnr. 
Malam tu juga org2 kg mandikan jenazah Fendi. Uncle tak bagi Afiq tgk sbb takut terjadi apa2 kat Afiq tp Afiq ttp nak tgk. Afiq nak tgk Fendi. Afiq nmpk diorang gunting baju baru yg Fendi pakai. Diorang siram jenazah Fendi perlahan2. Semua tu Afiq tgk sndiri. Tapi Afiq sndiri mcm tak percaya itu Fendi sbb Afiq baru jumpa Fendi siang tadi! Afiq tgk diorg angkat jenazah Fendi dan tutup dgn kain. Afiq tak menangis sbb Afiq tak percaya Fendi dah meninggal. Betul2 tak percaya. 
Esoknya bila diorang dah siapkan kafankan Fendi, Afiq tgk juga jenazah Fendi. Ibu tak bagi Afiq tgk tapi Afiq ttp nak tgk. Afiq tgk mama, nenek, angah, uncle cium dahi Fendi. Masa tu Afiq dah rasa lain mcm. Air mata Afiq mcm dah bergenang. Sebab Afiq antara sepupu yg paling rapat dan suka bermain dgn Fendi, nenek suruh Afiq cium dahi Fendi juga. Afiq pergi dan Afiq tgk muka Fendi. Bersih sgt2. Afiq cium dahi Fendi dan lepas tu air mata Afiq pun jatuh. Afiq kesat air mata & terus tgk apa yg diorg buat lg kat jenazah Fendi. Diorang ttp muka Fendi dgn kain kafan. Diorang masukkan Fendi dalan keranda dan diorang bawa Fendi pergi ke kubur. Afiq ikut smpai ke kubur. Afiq tgk mcm mana Fendi diuruskan. Semuanya Afiq tgk. Afiq t'tanya2, bila Fendi nak balik umah main sama2 dgn Afiq? Bila Fendi nak ajar Afiq memancing smpai dpt ikan yg besar mcm apa yg Fendi dpt? Bila kita nak pergi sekolah sama2 lg? 
Seminggu dua selepas Fendi pergi, Afiq terbayang2 Fendi. Afiq nampak Fendi kat kantin sekolah, tempat letak basikal, dalam kelas dan mcm2 lg. Afiq ingt lagi Fendi suruh Afiq ajar Fendi tulis nama Fendi dalam tulisan jawi sbb Fendi tak tahu. Rupanya, Afiq tak sempat pun nak ajar Fendi. 

Fendi, Afiq rindu Fendi. Kalau Fendi ada skrg, mesti kita sama2 smbg belajar. Kita sama2 msk universiti. Fendi jaga nenek & mama Fendi. Kita beraya sama2. Tapi, semua tu angan2 je Fendi. Yang pergi ttp pergi, Fendi takkan kembali lg. 13 thn Afiq redha pemergian Fendi tp kenangan2 kita Afiq takkan lupa sampai bila2......."

Mohd. Khairul Affendi b. Khairuddin (1989-1997)
 Al-Fatihah..~~ 

0 comments: