I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 24, 2010

bezanya kita dgn mereka

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, masih lagi Dia memberikan ruang dan peluang utk kita bernafas dan melakukan sgla aktiviti harian kita. Saya ada satu cerita yg ingin dkongsi dan sy rs cerita ni mmg menarik utk diceritakan. :-)

Kisah ini terjadi sewaktu saya dlm p'jlnan menuju ke rumah kakak saya di gombak. Saya kesana dgn menaiki ktm dari Sg. Buloh - KL Sentral. Tiba di KL Sentral, saya pun berjalan dan membeli Oreo McFlurry McD utk saya makan sementara menunggu kedatangan kakak saya. Saya tak berminat utk menunggu seseorang hanya dgn duduk sahaja. Sekurang-kurangnya saya harus ada sesuatu untuk dilakukan dan sesungguhnya Oreo McFlurry mmg sdp! :-) Seterusnya saya pun berjalan dengan membawa beg2 saya dan Oreo McFlurry saya, (^_^) ke tempat menunggu di luar pintu utama KL Sentral. Ditakdirkan, saya duduk bersebelahan dgn seorang remaja perempuan. Kira-kira dalam 5 minit saya disutu akhirnya dia menegur saya. Yelah, saya kalau dah jmpa makanan mmg lupa semuanya. Hehe.. Dia memperkenalkan dirinya sbg Jasmin dan saya pun m'perkenalkan diri saya. Dia bertanya saya dari sekolah mana. Saya hanya tersenyum. Mungkin ketika itu saya memakai T-Shirt sekolah saya dan nmpak mcm budak nak blk asrama kot. Hehe.. Saya kata saya student UKM dan dia terkejut. Dia kata saya nampak muda dan nmpak mcm budak sekolah!! Hehe..Dia yg ckp mcm tu ye, bkn saya. Hehehe.. Dia masih belajar di Universiti College of Dublin dan balik ke Malaysia sempena cuti semester. Dia bertanya saya tentang kurusu yg saya ambil di UKM dan saya hanya menjawab saya mengambil kursus dibawah Pengajian Islam. Dia kata saya sgt beruntung kerana dpt mengambil kursus itu. Katanya, jika ada peluang dia memang ingin mendalami kursus itu. Dia mula bercerita tentang kehidupannya di Dublin. Cara hidup, rakan-rakan, persekitaran dan sebagainya. Katanya peratusan org Malaysia di universiti itu sangat sedikit. Orang Malaysia yg beragama Islam hanya sebanyak 400 orang sahaja jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan pelajar disana yg berjumlah hampir 30000 orang. Amatlah sedikit! Dia mula bercerita tentang biah solehah disana. Menurut ceritanya mmg sgt berbeza penekanan yg ada disana berbeza dgn disini. Disana, sedaya upaya mereka cuba mengekalkan biah solehah agar tidak ada pelajar2 Islam yg t'ikut-ikut dgn cara hidup org Barat. Usrah sentiasa diadakan, ceramah selalu juga dijalankan dan pelbagai aktiviti keIslaman dilakukan disana. Betapa mereka sgt mengambil berat tntang hal ini. Berbeza dgn realiti di Malaysia yg seperti tidak mngambil berat tntang hal2 sebegini. Saya berkata kpdnya tntang prinsip yg saya pegang selama ini. Seperti mana kita sentiasa mencari makanan utk mengisi kekosongan perut kita, seperti itu jugalah kita harus memastikan agar rohani dan jiwa kita tidak kelaparan. Saya mendengar dgn penuh teliti. Memang benar, inilah realiti masyarakat kita. Ia memang tidak boleh dinafikan lagi. Sebelum kami berpisah, saya sempat berpesan kpdnya agar jgn sesekali mengenepikan soal ini dan sentiasa istiqamah dengan apa yg kita telah lakukan. Sesungguhnya pesanan itu utk diri saya sendiri juga.

Sunday, May 9, 2010

kami ber''reunion"

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, semalam (8 Mei 2010) telah diadakan satu reunion batch bagi pelajar2 STPM di KISAS sesi 07/08. Majlis yang sederhana tp sgt menyeronokkan. Lokasi reunion di Seksyen 16, Shah Alam. Kami mula berkumpul selepas solat zohor di Masjid Negeri, Shah Alam. Sememangnya reunion ini sgt ditunggu2 kerana inilah satu2 nya peluang utk kami semua b'kumpul dan b'temu kembali selepas 2 thn meninggalkan zaman persekolahan. Reunion ini telah berjaya mngumpulkan sahabat2 kami dari serata universiti seperti UKM, UIAM, UITM, UM, USIM, UUM, UPSI, UPM dan UNIMAS. 

Majlis reunion kami bermula jam 2.30 ptg dan berakhir jam 6 ptg. Bertempat di Restoran Pak Su Corner, Sek. 16, Shah Alam kami dihidangkan dgn pelbagai menu yg mmg sedap. Nasi goreng 
cina + ayam masak merah, spagethi, chicken chop, wedges..macam2 ada!! =p

Kegembiraan apabila dpt b'jmpa semula tdk dpt digambarkan! Sgt seronok!! Walaupun diberi peluang utk b'jmpa hanya seketika dan itulah yg m'buatkan setiap detik itu sgt berharga. B'tanya khabar, b'tukar2 cerita..Memang detik yg mnyeronokkan. Harapnya akan ada reunion kedua, ketiga, keempat dan seterusnya..Ukhwah fillah abadan abada..~~ Wassalam...


Monday, May 3, 2010

cuti..cuti..cuti!!!!!!!!

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, saat yg ditunggu-tungga tiba jua akhirnya! Setelah berusaha memerah tenaga dan idea, berkorban masa, saat dan ketika untuk menlaah buku2 sempena final exam, akhirnya cuti yg dinanti-nantikan selama ini menjadi nyata. Alhamdulillah, sepanjang minggu peperiksaan, masa yg terluang sentiasa dpt diisi dgn baik. Study semahu-mahunya ditambah pula dgn ada beberapa orang classmates saya yg begitu komited untuk mengadakan group discussion. Alhamdulillah juga kerana saya diberi peluang utk mengikuti group discussion yg diadakan. Sekurang-kurangnya bolehlah kita berkongsi ilmu dan bertukar-tukar pemikiran tentang subjek yg dibincangkan. Pada hari khamis, jam 10.30 pg berakhirnya paper Gerakan Misionari Kristian @ GMK dan itulah paper penutup bg final exam bg semester ni. Bila tgk sekeliling kita, student2 fakulti lain da lama merdeka. Kita tgk diorang pun enjoy je. Tp, bila kita tgk diorang enjoy, boleh kena tekanan perasaan tau!huhu..Ok, x nak cerita panjang2. Cukup sampai kat situ.

Ada sebab kenapa saya sgt t'tunggu cuti ni. Sebenarnya saya x sabar nak ber'reunion. Sesungguhnya, saya suka reunion!! ;-) Dalam cuti ni, saya dijemput utk menghadiri 2 reunion. Cehh, mcm YB la plak ni ha..huhu..Pertama, reunion sekolah rendah saya. Kedua, reunion dengan kwn2 seSTPM dgn saya di KISAS dulu. Dan sesungguhnya lg, saya mmg x sabar nak pergi kedua2 reunion tu!! Reunion sekolah rendah saya tu mesti menarik sbb ada antara kwn2 saya yg dah ada keluarga sendiri. Hmmm...cepat betul jodoh mereka sampai.huhu..Reunion KISAS ni plak mesti happening sbb kami akan berkumpul semula setelah masing2 bertebaran di universiti seluruh negara menjejak cita mereka. Ada juga lah antara kami yang selesai shj zaman persekolahan, trs lost contact. So, saat2 begini sgt2 dihargai untuk kami bertemu dan berkumpul semula demi satu ukhwah. Macam lirik lagu devotees ;
"duhai sahabat dengarkanlah bicara hatiku ini
meskipun jarak memisahkan namun tiada noktah kasih
biarlah waktu menentukan nilai ukhwah yang terjalin
teruskanlah perjuangan hingga ketitisan darah terakhir"

Harapannya supaya tiada aral yg melintang yg boleh menghalang perancangan kami. Semoga apa yg dirancang sempena cuti ini dpt dijalankan dengan baik dan mendapat berkat dan rahmat Illahi. Wassalam..