I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 28, 2010

happy birthday to me!! :)

Assalamualaikum w.b.t. Sejuta kesyukuran kita panjatkan kpd Yang Maha Pengasih dan Pemurah krn memberi ruang dan peluang utk mengecap pelbagai nikmat di dunia ini. Alhamdulillah....

" ALLAH SELAMATKAN KAMU...
ALLAH SELAMATKAN KAMU....
ALLAH SELAMATKAN NOORUL AFIQAH...
               ALLAH SELAMATKAN KAMU........................"

sumbangan suara oleh seorang rakan yg sememangnya memiliki suara yg sumbang..hahaha.. :)




25. Nov. 2010. Secara rasminya sy berumur 21 tahun. Ye, 21 tahun sudeyyy...hehehe..Alhamdulillah.. Hmm..kalau dah umur 21 tahun ni apa yg slalu org buat ek?Haa..kahwin!!hahaha..Kahwin aje!Hahaha lagi skali... Ala, baru 21 tahun..belum 22, 23, 24 @ 25..rlek2 dulu. Banyak lg benda nk kejar sebelum kahwin. Plan kalau ada rezeki nak sambung Master, lps tu Ph.D plak. Orang kata bila dah kahwin susah nak sambung belajar, lagi2 orang perempuan. So, sementara single, apa lagi?? Study semahu-mahunya!! :) Ok, lah. Harapan sempena hari lahir ni, sy nk cemerlang dunia dan akhirat, berjaya dlm pelajaran, dapat suami yg bertanggungjawab dan semestinya yg soleh serta mampu membimbing sy utk menjadi lbh baik dan akhir sekali diberi kesempatan dan kemampuan utk memberi sedikit kesenangan kpd kedua ibu bapa sy. Ameennnn.....

p/s : Sempena bufday ni, harap sgt2 kalau2 ade org nk hadiah kan sweater ganti sweater yg kena curik ari tu..Swater tu selalu pkai time naik motor pegi kelas.. Skrg dah x de sweater..Oh encik pencuri, kamu mmg menyusahkan saya!!!!!

Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya kengkawan!! :D

Assalamualaikum.. Jap2, nak tanya ni, korang2 yg baca entri ni hdp lagi kan?? So, jom kita ucapkan syukur pd Allah sebab Dia masih lg bagi kita peluang dan kesempatan utk terus hdp dan melakukan amalan soleh sbg bekalan ke alam sana kelak. Cakap bnyk2 kali pun xpe, bukan kena bayar pun..kan3?? :)

17. Nov 2010. Tarikh umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri dan memperingati peristiwa penting dlm sejarah Islam iaitu pengorbanan Nabi Ibrahim a.s terhadap anaknya Nabi Ismail a.s. Tapi kalau kat negara2 lain ada yang dah raya dah. Contohnya, member2 sy kat Mesir dah raya dulu dah. Atlet2 Asian Games kat Guangzhou pun dah raya dah. *ni pun sbb t'tengok berita td..kalau xtgk, sy pun xtau diorg sebenarnya dah raya! hehehe :p So, malas nak tls nk tulis bnyk2, just nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha utk family, atok, nenek, kwn2 skolah, kwn2 UKM, sedara mara, mak cik, pak cik, pak long, mak long, mak ngah, pak uda, mak uda, bla...bla....bla....bla...bla...bla...bla...& sume yg sudi singgah kat blog saya ni. :) Selamat Hari Raya Aidiladha sume!!!!! Assalamualaikum..

* Tanggal 12. Nov. 2010 slh seorang sahabat / classmate sy sewaktu di SAMJ telah pergi menghadap Illahi akibat kemalangan jalan raya di Tnjg. Karang. Arwah dlm perjalanan pulang ke rumah di Sg. Besar daripada UKM untuk pulang bercuti sempena cuti semester. Menurut sumber, arwah menaiki motosikal dan telah dilanggar oleh sebuah lori dari bahagian belakang. Kali terakhir sy bertemu arwah beberapa hari sebelum sy pulang ke rumah. Sama2 kita sedekahkan al-Fatihah untuk sahabat sy, Norhidayu bt. Yaakob. Semoga rohnya aman dan di tempatkan bersama orang2 yg beriman. Al-Fatihah............

NORHIDAYU BINTI YAAKOB
1989-2010 

Monday, November 8, 2010

cuti 'pra-merdeka' :)

Assalamualaikum w.b.t .. Alhamdulillah, masih lg diberi kesempatan utk mencari sbnyk amalan pada  hari ini sebagai bekalan utk hari akhirat. Ok, cukup! Pendek2 je mukadimah skrg. 
Dah lama tak update blog. Ya Allah, betapa busy nye diri ini! Final exam bersusun. Dlm musim final exam ni, ada lg assgment yg tak hantar tu. Terpaksalah kasi settle itu assgment. Bnyk lg kerja nak kena buat. Discussion itu, discussion ini. * Alah, sbnrnye malas..ckp je laaaa...~~ hahaha..
Ok, sy AGAK malas nk update blog..
Sekian..~~ :p

Ok, cuti pra-merdeka. Apakah itu?? Cuti pra-merdeka adalah cuti sebelum kita betul2 merdeka. Huhu.. Actually sy cuti lapan hari sebelum sy menghabiskan paper terakhir sy. So, dah bagi cuti, cuti je la..hahaha..Tp, sy akan pulang ke UKM pd 9/11 kerana paper terakhir sy pd 10/11 jam 8.30 pg di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM. Gab 8 hari utk ke paper terakhir adalah sepatutnya diisi dgn study yg tidak berbelah bagi. Tapi sy hanya mengisi dgn menonton beberapa korean movie..hahaha..Sesungguhnya gadis & citer korea tidak boleh dipisahkan! :)

TAPI, dlm kononnye busy dgn assgment, discussion & segala benda semua tu, sy sempat menyambut hari lahir seorang sahabat kolej sy, Ekin. Actually, ex-collagemate sy. 
*Ade ke istilah ni?? Dah mcm Collgate pun ade..huhu..
Skrg dia tggal di Kolej Tun Hussin Onn. Tak lg bersama sy di Kolej Ibu Zain. Ni citer lama. Mmg citer dah lama pun. Bufday kwn sy tu 20 Oktober, skrg dah bulan November. Gila lama!hahaha..Sambutan yg ringkas tp ok laa. Yg penting, bufday girl pd hari itu bermandi tepung!hahaha..i like..~~ :p

Second event, sy sempat hadir ke majlis BBQ bersama2 dgn classmates sy sehari sebelum pulang ke rumah. Majlis yg simple tp berbaloi la.. Actually, sy suka yg simple2 dr yg complicated sbb of kos la yg complicated memeningkan kepala even sy hanya dtg makan je! :p hahaha..Majlis ni pun melibatkan student tahun 2 dan tahun 1 Jab. Dakwah & Kepimpinan. So, ala2 mengeratkan ukhwah gitu..~~ 

Maybe itu je kot utk entri kali ni. Bkn maybe, mmg itu je pun!huhuhu.. Dah tak ada cerita dah. Masa utk study! Doakan sy istiqomah dgn study sy kali ni..*even dlm hati meronta2 ingin menonton citer korea..huhuhu..
Assalamualaikum..~~ 

p/s : Cuti2 sem ni biasanya sy habiskan masa dgn mengarang citer sbb sy suka berangan.. So, maybe sy akan postkan citer2 sy dlm entri yg akan dtg! Tungggggguuuuuuuuu... :)