I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 27, 2010

kacau bilau punye entri

Assalamualaikum w.b.t. Hari ni post entri dlm keadaan yg haru biru + sakit hati + dukacita yg teramat sgt + thp kesabaran yg dah smpai takat dahi ni! Bunyi mcm geram kan??Ye, sesungguhnya sy tgh geram sgt2 ni!!

Ni masalah utk sesape yg ddk hostel..xkisah la hostel skolah ke, kolej ke..yg pnting hostel! Dlm banyak2 masalah, masalah apa yg korg plg benci skali bila ddk kat hostel ni??Ye, tepat sekali!! 10 markah utk kumpulan biru!! MASALAH TAK ADA AIR laaaa... Ia sgt kritikal & menyusahkan semua org. Bygkan keadaan tak ada air dr petang smpai tgh mlm. Tu xpe. Lg best, xde air sehari suntuk! At least kalau keluar sikit pun jd laa. Nak buat ambil air sembahyang. Kire msh lg di tahap boleh diampunkan lg. Ni sampai setitik pun xde! Hilang akal ke apa?? Nak suruh kitorang buat tayamum ambil debu2 dr dinding mcm yg Sheikh Muzaphar dgn Dr. Faez buat time kat angkasa lepas?? Lg 1, xkan kitorang nk g kelas dgn keadaan x mandi?? Kalau kelas2 tghari, boleh ampun lg laa..Sempat la gak g redah bilik2 member yg ada kat blok2 lain. Ni yg kelas kul 8 pg ni, mcm mane ni?? Yg lg best, dak2 yg ddk searas dgn sy kat tgkat 5. Kering kontang toilet tu. Ish, susah la mcm ni! Memang lah kat UKM ni setiap ptg hujan turun tp xkan la nk kitorg mandi kat tgh2 hujan tu beramai2??Mintak sgt2 pihak pengurusan kolej ambil tndakan cepat. Cuba korg yg ddk kat blok ni, apa korg rasa??*ptg2 yg dingin ni saje je buat org membebel!!

Rasanya cukup leteran & bebelan sampai disini. Sebenarnya nak membebel lg tp malas nk tulis pnjg2. Br balik dari kelas. Mahu kasi rehat sket otak ni..hahaha...assalamualaikum..

Saturday, September 25, 2010

cincin tunang hilang???ayokk laaa... :p

Assalamualaikum w.b.t. Salam Syawal. Mcm mana dgn raya? Utk sesiapa yg masih layak dpt duit raya tu, amacam thn ni? Income masyuk ke x?Hehe..Bg sy, alhamdulillah masih lg layak dan berhak m'dapat duit raya. Iyelah, umur baru 21 dan masih lg study, mst la kena dpt duit raya kan?Haha.. Cuma kalau pergi menziarah ke rumah2 kwn2 ibu dan abah sy tu, comfirm la xdapat sbb diorg hny memandang adik2 sy je. Puas la buat muka kesian, tp still xdapat gak. Ish3... :p

Ok, terus kepada tajuk. Cincin tunang hilang??? Ehem2, ni bkn kes sy lah. Sy cuma jd si tukang cerita je. Hehe.. Sebenarnya ni kes kwn sy. Nak kata rapat, xde lah sgt tp boleh laa..Kwn sy ni bertunang semasa raya ketiga tempoh hari. Dia dan tunangnya masih lg belajar di universiti yg sama. Ok, nak dijadikan cerita, semalam kwn saya ni call sy dlm keadaan menangis. Dgr org menangis teresak-esak mcm tu, sy pun jd panik & minta dia cerita apa yg berlaku sebenarnya. Dalam keadaan menangis tu, dia pun bercerita.... *sy namakan kwn saya sbg A (bkn nama sebenar) :)


A (bkn nama sebenar) : Pika, kau kena tlg aku. Aku ada masalah bsr ni!
Noorul Afiqah                  : Masalah pe?
A (bkn nama sebenar) : Kau tahu cincin tunang aku hilang!
Noorul Afiqah                 : Cincin tunang kau?Jap2..ni cincin kau @ cincin kau  punya tunang? *mencari   kepastian
A (bkn nama sebenar) : Cincin aku lah.! Baru 2 minggu aku pakai, dah hilang pulak..
Noorul Afiqah                  : Mcm mana boleh hilang? *menyoal ala2 Insp. Aleza dlm cerita Gerak    Khas :)
A (bkn nama sebenar) : Td aku pergi solat. Lepas tu time nk ambil wudhu', aku buka lah.   Takut air xterkena kat kulit. 1 lg sebab cincin tu cincin baru. So, aku mmg elakkan dari kena air. Cincin tu aku letak kat sebelah tempat aku ambil wudhu' tu. Lepas siap ambil wudhu', aku terlupa nak ambil balik. Lepas solat aku pergi tgk, cincin tu dah tak ada!
Noorul Afiqah                   : Siapa pulak yg ambil? Kau salah letak kot? 
A (bkn nama sebenar) : Tak ada lah! Memang kat situlah aku letak.
Noorul Afiqah                   : Kau dah cari? 
A (bkn nama sebenar) : Dah. 1 surau tu aku cari tp x ada. Habis lah aku, mcm mana ni?
Noorul Afiqah                   : Tunang kau tahu tak ni?
A (bkn nama sebenar) : Aku x bagitahu lg. X berani lah. Mcm mana ni? So, mcm mana skrg ek? Aku takut la jd apa2 kat relationship aku tu. Yelah, cincin tunang yg hilang. Tp kalau setakat cincin yg hilang, p'tunangan x putus kan?
Noorul Afiqah                 : Entah lah. Aku pun x sure. Tak b'jinak2 lg dlm arena p'tunangan ni. huhuu.. *jwpn mcm menyakitkan hati & men'down' kan perasaan. :p




Lps situasi ni, sy pun terus lah tny kat kwn2 yg lain esp. yg dah berumahtangga  tntang hal ni. Kwn2 yg lain kata cincin p'tunangan tu simbolik je. Tanda kita dah dipinang org. So, kalau hilang boleh je ganti yg baru. *owh.....mcm tu rupanya.... :) 

Pd awalnya, kwn sy meminta pertolongan sy. Tp smpai ke akhir ceritanya, sy xtahu nk tlg mcm mana. So, sy hanya mampu "tolong tanya" je lah..huhu..Sekadar perkongsian cerita. Ada cerita lain, nnt sy cerita kat sini ek. *ala2 bedtime story gitu..hehehe..assalamualaikum....

Saturday, September 11, 2010

cheritera aidilfitri 2010

Assalamualaikum w.b.t semua..Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Alhamdulillah, Allah masih lg meminjamkan kita sedikit waktu utk kita terus beribadat dan m'abdikan diri kpdNya dan yg paling penting Dia mengizinkan kita semua utk meraikan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam di dunia ini. Setelah sebulan berpuasa, kita diberi peluang meraikan hari yg mulia ini. Lihat, betapa uniknya agama Allah ini. Tidak ada agama lain yg seunik, setanding dan setara dgn agama Islam ni. Syukur, alhamdulillah. :)

Seperti hari2 raya yg lepas, kebiasaannya kami semua akan berkumpul di rumah dahulu di Kuala Selangor sblm bergerak ke rumah nenek sy di Ijok. Ayah sy berasal drpd Selangor dan ibu sy pula drpd Johor. Disebabkan faktor usia nenek sy yg begitu tua dan uzur, kami sekeluarga mengambil keputusan utk beraya di kg sebelah ayah dahulu setiap kali hari raya. Alhamdulillah, ibu sy tak kisah & memahami situasi ayah sy. Kebiasaannya kami akan pulang ke kg ibu di Muar, Johor pada hari raya kedua. Berkumpul seluruh sanak saudara di kg merupakan satu perkara yg dinanti-nantikan. Masa inilah org kata baru nak kenal saudara. Mana tidaknya, msg2 ddk berjauhan. Ada juga sepupu sy yg belajar di Sarawak. Orang kata peluang utk berjumpa selalu tu mmg susah lah. Jadi, ini lah masanya utk berjumpa dan beramah mesra. 

Aidilfitri kali ini sebenarnya tersirat 1 kenangan yg mmg tak boleh sy lupakan. Tanggal 10 Sept. 2010 genap 13 thn pemergian arwah sepupu sy yg paling rapat dgn sy. Sepupu sy bernama Fendi. Sebenarnya, Fendi bukanlah sepupu yg sedarah dgn sy. Dia merupakan anak angkat kpd Mak Long sy yg kematian anak tunggalnya. Walaupun bkn sedarah, hubungan kami sgt rapat. Mana tdknya, kami sebaya. Kami bersekolah di sekolah yg sama, pergi sekolah bersama-sama, bermain bersama dan mcm2 lg. Disebabkan terlalu rapat, dia menganggap keluarga sy spt keluarganya sendiri. Dia memanggil ibu sy dgn panggilan ibu, kakak sy dgn panggilan angah, begitu juga yg lain. Cuma, dia tidak memanggil ayah sy dgn pnggilan abah tetapi dia memanggil 'uncle'.Sy coretkan sedikit rasa hati sy di sini sendainya Fendi boleh mengetahui apa yg sy rasa ketika ini.....

"Fendi,

Hari ni genap 13 thn pemergian Fendi. Kau tahu tak, raya kali ni Afiq rasa lain sgt. Ntah kenapa Afiq rasa raya kali ni mcm tak meriah b'banding dgn raya2 sebelumnya. Lepas solat hari raya, kitorg semua g umah nenek. Jumpa nenek, mama Fendi, ucu, mak su, pak lang, mak lang & semua. Jumpa Aidil gak. Ttbe Afiq t'ingat kita bertiga selalu main sama2 dulu. Yelah, kita kan sebaya. Lps tu, kitorg g ziarah kubur Fendi. Kubur Fendi kan sebelah dgn kubur arwah atok. Uncle baca Yaasin kat kubur atok, tp Afiq pndg je kat kubur Fendi. Afiq pandang nisan Fendi. Afiq dpt rasa Fendi suka tgk kitorg dtg ziarah kubur Fendi. Tak sangka dah 13 tahun. Peristiwa 13 thn dulu mmg Afiq takkan lupa sampai bila2...

Afiq masih ingt, pd 10 Sept 1997 merupakan cuti persekolahan. Afiq tak tahu Fendi suka memancing. Tengahari tu Fendi tunjuk kat Afiq ikan sembilang yg Fendi tangkap. Ikan tu besar Fendi letak kat dalam baldi. Kita tgk ikan tu sama2. Fendi citer semua benda yg Fendi tahu pasal ikan tu kat Afiq. Lepas tu kita pergi main buaian. Arwah atok yg buatkan buaian tu utk cucu2 atok. Bila waktu dah nak dkt petang, ibu ajak Afiq balik umah sebab ibu ada kerja nak buat. Afiq pun balik umah Afiq dan kita janji nak jumpa lg. Tapi Afiq tak sangka tu lah kali terakhir Afiq jumpa Fendi.
Petang tu kecoh nenek bagitahu Fendi hilang lps Fendi gaduh kecil dgn Yazid. Memang 1 kg tahu Fendi nakal tp Fendi tak pernah buat hal sampai tak balik umah. Dari waktu Asar sampai nak masuk Maghrib Fendi tak balik2. Hari pula hujan lebat. Semua risau kat Fendi. Semua orang cari Fendi tak jumpa2. Ibu risau, mama risau, nenek risau, uncle risau, semua orang risau. Kitorang semua ikhtiar cari Fendi 1 kg tp masih tak jumpa2. Selepas maghrib, semua orang kg tolong cari Fendi. Tiba2 org2 kg lalu kat sebuah kolam. Diorang nmpak selipar Fendi. Diorg tanya betul ke tu selipar Fendi & mama pun kata memang itu selipar Fendi. Dari situ semua org dah rasa tak sedap hati. Mengikut kata org, Fendi tergelincir ketika melintas kolam melalui titi yang ada kat situ. Titi tu pula reput. Sewaktu Fendi melintas, titi pun patah dan Fendi pun jatuh. Pak Hashim terus menyelam cari Fendi. Dan takdir Allah, Pak Hashim jumpa jasad Fendi dah kaku kat dasar kolam tu. Fendi dah tak bernafas! Pak Hashim angkat dan letak jasad Fendi kat atas. Bila kitorg diberitahu tntang berita tu, semua org tak percaya. Ibu menangis, Kak Un menangis, Angah menangis, mama dan nenek pun menangis. Masa tu Afiq tak berapa faham apa yg jadi. Yelah, usia ketika itu baru 7 thn. Afiq tanya ibu kenapa ibu menangis. Ibu pun cerita perkara yg sbnr. 
Malam tu juga org2 kg mandikan jenazah Fendi. Uncle tak bagi Afiq tgk sbb takut terjadi apa2 kat Afiq tp Afiq ttp nak tgk. Afiq nak tgk Fendi. Afiq nmpk diorang gunting baju baru yg Fendi pakai. Diorang siram jenazah Fendi perlahan2. Semua tu Afiq tgk sndiri. Tapi Afiq sndiri mcm tak percaya itu Fendi sbb Afiq baru jumpa Fendi siang tadi! Afiq tgk diorg angkat jenazah Fendi dan tutup dgn kain. Afiq tak menangis sbb Afiq tak percaya Fendi dah meninggal. Betul2 tak percaya. 
Esoknya bila diorang dah siapkan kafankan Fendi, Afiq tgk juga jenazah Fendi. Ibu tak bagi Afiq tgk tapi Afiq ttp nak tgk. Afiq tgk mama, nenek, angah, uncle cium dahi Fendi. Masa tu Afiq dah rasa lain mcm. Air mata Afiq mcm dah bergenang. Sebab Afiq antara sepupu yg paling rapat dan suka bermain dgn Fendi, nenek suruh Afiq cium dahi Fendi juga. Afiq pergi dan Afiq tgk muka Fendi. Bersih sgt2. Afiq cium dahi Fendi dan lepas tu air mata Afiq pun jatuh. Afiq kesat air mata & terus tgk apa yg diorg buat lg kat jenazah Fendi. Diorang ttp muka Fendi dgn kain kafan. Diorang masukkan Fendi dalan keranda dan diorang bawa Fendi pergi ke kubur. Afiq ikut smpai ke kubur. Afiq tgk mcm mana Fendi diuruskan. Semuanya Afiq tgk. Afiq t'tanya2, bila Fendi nak balik umah main sama2 dgn Afiq? Bila Fendi nak ajar Afiq memancing smpai dpt ikan yg besar mcm apa yg Fendi dpt? Bila kita nak pergi sekolah sama2 lg? 
Seminggu dua selepas Fendi pergi, Afiq terbayang2 Fendi. Afiq nampak Fendi kat kantin sekolah, tempat letak basikal, dalam kelas dan mcm2 lg. Afiq ingt lagi Fendi suruh Afiq ajar Fendi tulis nama Fendi dalam tulisan jawi sbb Fendi tak tahu. Rupanya, Afiq tak sempat pun nak ajar Fendi. 

Fendi, Afiq rindu Fendi. Kalau Fendi ada skrg, mesti kita sama2 smbg belajar. Kita sama2 msk universiti. Fendi jaga nenek & mama Fendi. Kita beraya sama2. Tapi, semua tu angan2 je Fendi. Yang pergi ttp pergi, Fendi takkan kembali lg. 13 thn Afiq redha pemergian Fendi tp kenangan2 kita Afiq takkan lupa sampai bila2......."

Mohd. Khairul Affendi b. Khairuddin (1989-1997)
 Al-Fatihah..~~ 

Wednesday, September 1, 2010

cerita tentang masa depan

Assalamualaikum w.b.t.. Kita masih lg berada di dalam bulan Ramadhan. Semakin mengakhiri hari2 terakhir Ramadhan, mcm mana dgn tahap puasa kita? Semakin bertambah baik, berkurang @ masih di tahap lama? Harapnya Allah sentiasa membuka hati kita utk memperbaiki tahap puasa dan menerima segala amal yg kita lakukan di dlm bulan yg mulia ni. 

Actually entri  sy kali ni tak ada kena mengena pun dgn puasa. Cuma sy ingin berkongsi sedikit cerita tntang apa yg sy sendiri lalui dlm beberapa tempoh terdekat. Sekarang di FB, kerap sy dpt tgk kwn2 share beberapa link yg berkaitan dgn rumahtangga. Sy pun x tau kenapa. Cerita tntang suami soleh, tips utk jg hubungan, nak dptkan isteri yg cantik & mcm2 lg. Dari sudut islamik sehinggalah yg x berapa islamik. & sebagai manusia yg setia dgn FB nya, kdg2 sy pun bacalah link2 yg ada. Rupanya, bkn sy je yg berminat utk baca tips2 rumahntangga yg bermacam2 tu, classmates sy pun rmai yg berminat. Kdg2 sy dgr mereka bercerita tntang impian rumahtangga mereka. Gatal sungguh mereka ni. Study pun x abis lg, sibuk fikir psl kahwin! Hahaha..gurau je! Biasa lah, umur semakin meningkat. Pemikiran pun semakin matang. Banyak perkara masa depan yg perlu difikirkan dr sekarang. :) 

Sy sering tertarik dgn pertanyaan "mcm mana ciri2 psngan yg kita inginkan?". Dari sini, sy dpt tahu 'taste' seseorg tntang pasangannya. Boleh kata, topik ni mmg hangat lah kalau dibahaskan. Sy pun kdg2 berfikir tantang perkara yg sama. Iyelah, umur pun dah masuk 20an. Orang kata, umur2 mcm ni lah kita kena fikir betul2 tntang apa yg kita inginkan. Bg sy, kesempurnaan seseorang itu terlalu subjektif. Ada yg kata, bila sikapnya berlawanan @ kontra dgn kita, maka itulah kesempurnaan kita. Ada juga yg kata, bila dia beriman maka sempurnalah dia. Ada yg memandang harta, ada yg menjadikan hati budi sbg keutamaan. Sy tak menyangkal sedikit pun tntang idea2 yg lahir dr minda sahabat2 sy. Cuma, sy ada pegangan sy sendiri. Sy tdk memandang rupa kerana sy sedar siapa sy, tp biarlah yg sempurna sifat dan 'sempurna' pd pandangan mata sy shj. Sy tdk mengharap agar ditemukan jodoh dgn org yg betul2 kuat akidahnya dan tebal imannya kerana sy sedar siapa sy, tp cukuplah dia mampu memimpin sy dan keluarga bila kami bersama kelak. Sy tak impikan pasangan yg betul2 berasal dr keluarga yg kaya kerana sy sedar siapa sy, tp cukuplah dia mempunyai kewangan yg kukuh & tdk sekali-kali akan menyusahkan org tua kami bila kami bersatu nanti. Sy tak minta dijodohkan dgn pelajar yg dianugerahkan anugerah tertinggi universiti kerana sy sedar siapa sy, tp biarlah dia berpelajaran dan sekurang-kurangnya setaraf dgn thp pendidikan yg sy ada kerana kami akan menjadi contoh dan pembakar semangat kpd anak2 kami utk berjaya suatu hari nanti. Dan akhirnya, sy tdk minta disatukan dgn lelaki yg terlalu dikenali ramai. Biarlah sy seorang yg mengenali dan menilai hati budinya.

Mungkin semua itu hanya impian dan cita2 sy. Segala rezeki, takdir & cinta kita Allah telah pun tetapkan di luh mahfuz sejak lahirnya kita di dunia ini. Tp sy yakin, setiap apa yg Dia rancangkan pasti ada hikmah yg terbaik utk setiap hama2-Nya. Sebelum sy akhiri penulisan, sy tertarik dgn satu kata2 motivasi yg pernah diucapkan oleh seorang motivator : "Kesempurnaan dlm diri psngan itu tiada. Cuma yg ada kesediaan kita utk menerima kekurangan pasangan itu sebenarnya yg akan menjadikan kita sempurna".  
Assalamualaikum..