I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, September 1, 2010

cerita tentang masa depan

Assalamualaikum w.b.t.. Kita masih lg berada di dalam bulan Ramadhan. Semakin mengakhiri hari2 terakhir Ramadhan, mcm mana dgn tahap puasa kita? Semakin bertambah baik, berkurang @ masih di tahap lama? Harapnya Allah sentiasa membuka hati kita utk memperbaiki tahap puasa dan menerima segala amal yg kita lakukan di dlm bulan yg mulia ni. 

Actually entri  sy kali ni tak ada kena mengena pun dgn puasa. Cuma sy ingin berkongsi sedikit cerita tntang apa yg sy sendiri lalui dlm beberapa tempoh terdekat. Sekarang di FB, kerap sy dpt tgk kwn2 share beberapa link yg berkaitan dgn rumahtangga. Sy pun x tau kenapa. Cerita tntang suami soleh, tips utk jg hubungan, nak dptkan isteri yg cantik & mcm2 lg. Dari sudut islamik sehinggalah yg x berapa islamik. & sebagai manusia yg setia dgn FB nya, kdg2 sy pun bacalah link2 yg ada. Rupanya, bkn sy je yg berminat utk baca tips2 rumahntangga yg bermacam2 tu, classmates sy pun rmai yg berminat. Kdg2 sy dgr mereka bercerita tntang impian rumahtangga mereka. Gatal sungguh mereka ni. Study pun x abis lg, sibuk fikir psl kahwin! Hahaha..gurau je! Biasa lah, umur semakin meningkat. Pemikiran pun semakin matang. Banyak perkara masa depan yg perlu difikirkan dr sekarang. :) 

Sy sering tertarik dgn pertanyaan "mcm mana ciri2 psngan yg kita inginkan?". Dari sini, sy dpt tahu 'taste' seseorg tntang pasangannya. Boleh kata, topik ni mmg hangat lah kalau dibahaskan. Sy pun kdg2 berfikir tantang perkara yg sama. Iyelah, umur pun dah masuk 20an. Orang kata, umur2 mcm ni lah kita kena fikir betul2 tntang apa yg kita inginkan. Bg sy, kesempurnaan seseorang itu terlalu subjektif. Ada yg kata, bila sikapnya berlawanan @ kontra dgn kita, maka itulah kesempurnaan kita. Ada juga yg kata, bila dia beriman maka sempurnalah dia. Ada yg memandang harta, ada yg menjadikan hati budi sbg keutamaan. Sy tak menyangkal sedikit pun tntang idea2 yg lahir dr minda sahabat2 sy. Cuma, sy ada pegangan sy sendiri. Sy tdk memandang rupa kerana sy sedar siapa sy, tp biarlah yg sempurna sifat dan 'sempurna' pd pandangan mata sy shj. Sy tdk mengharap agar ditemukan jodoh dgn org yg betul2 kuat akidahnya dan tebal imannya kerana sy sedar siapa sy, tp cukuplah dia mampu memimpin sy dan keluarga bila kami bersama kelak. Sy tak impikan pasangan yg betul2 berasal dr keluarga yg kaya kerana sy sedar siapa sy, tp cukuplah dia mempunyai kewangan yg kukuh & tdk sekali-kali akan menyusahkan org tua kami bila kami bersatu nanti. Sy tak minta dijodohkan dgn pelajar yg dianugerahkan anugerah tertinggi universiti kerana sy sedar siapa sy, tp biarlah dia berpelajaran dan sekurang-kurangnya setaraf dgn thp pendidikan yg sy ada kerana kami akan menjadi contoh dan pembakar semangat kpd anak2 kami utk berjaya suatu hari nanti. Dan akhirnya, sy tdk minta disatukan dgn lelaki yg terlalu dikenali ramai. Biarlah sy seorang yg mengenali dan menilai hati budinya.

Mungkin semua itu hanya impian dan cita2 sy. Segala rezeki, takdir & cinta kita Allah telah pun tetapkan di luh mahfuz sejak lahirnya kita di dunia ini. Tp sy yakin, setiap apa yg Dia rancangkan pasti ada hikmah yg terbaik utk setiap hama2-Nya. Sebelum sy akhiri penulisan, sy tertarik dgn satu kata2 motivasi yg pernah diucapkan oleh seorang motivator : "Kesempurnaan dlm diri psngan itu tiada. Cuma yg ada kesediaan kita utk menerima kekurangan pasangan itu sebenarnya yg akan menjadikan kita sempurna".  
Assalamualaikum..

0 comments: