I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, April 14, 2010

meninggi suara..salah ke??

Assalamualaikum w.b.t..  Musim exam br je bermula. Td saya br selesai 1 paper. Ada 7 lagi menanti. Harap sangat agar diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan sepanjang musim exam ni. Tuhan, kuatkan aku..lindungiku dari putus asa..~~ (mcm pnh dengar je kan lirik ni..hehe..)

Ok, tak nak tulis panjang2. Straight to the point. Saya nak cerita 1 perkara yang baru terjadi pada diri saya. Musim2 exam mcm ni, biasa lah org nak ajak kita study sama2. Bincang mana2 yg tak faham. Saya ni pun bknlah pndai sgt. Setakat nak berkongsi ilmu. Kali ni saya adakan p'bincangan dengan seorang lelaki. Kami bertiga. Saya minta seorang kwn perempuan saya tmnkan saya. Saya b'bincang dgn dia dengan cara yang biasa, mcm saya discuss dgn kwn2 lelaki yg lain. Dipendekkan cerita, di akhir perbincangan, kwn lelaki saya menegur saya, " Ko kalau ckp kenapa mcm nk marah2 je? Ckp meninggi2 suara,". Saya terdiam. Saya tahu ia 1 teguran tp apa motifnya? P'bualan saya antara kwn lelaki dengan kwn perempuan semestinya berbeza. Dengan kwn perempuan, saya bebas nak bercakap mcm mana pun. Tapi dgn kwn lelaki, tak kan saya nak bercakap dgn cara yang sama? Lemah lembut, manja2.. Mustahil! Syariat ada membataskan tentang hal itu. 

"...maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang di dalam hatinya ada penyakit,dan sebaliknya,berkatalah dengan kata-kata yang baik,sesuai & sopan"(Al-Ahzab:32)

saya tahu, mungkin ada segelintir pembaca yang mungkin akan berkata dalam proses pembelajaran hal ini dibolehkan tp ntahlah..Saya tak ada komen tentang hal tu. Dan saya tetap merasakan apa yg saya lakukan itu betul. Saya memohon sejuta kemaafan bagi sesiapa yang terasa dengan cara saya selama ini. Bagi saya, ketegasan itu penting bagi seorang muslimah kerana ketegasan itu membantu dalam memelihara maruahnya. Sekian, wassalam....

Thursday, April 8, 2010

happy wedding anniversary

* MOHD ARIFIN BIN RAHMAD
*ZAWIAH BINTI ATAN

 Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, minggu ni dah masuk minggu study. Dalam kesibukan study week tu, Dia masih lagi memberikan sedikit kesempatan untuk saya update sikit blog ni. Macam biasa lah, sekadar berkongsi cerita.. ;p

Hmm...selalunya kita asyik sgt cerita tentang diri sendiri, kwn2, environment kita..tapi jarang sekali kita berkongsi cerita tentang insan yang paling bnyk berjasa dalam hidup kita. Siapa lagi kalau bukan insan yang kita panggil ibu dan ayah. Saya pun jarang nak bercerita tentang family ni tp sbnrnya tarikh hari ini, 8 April merupakan tarikh bersejarah bagi ibu dan abah saya. Berkat restu daripada kedua-dua belah keluarga, tanggal  8 April 1984 ibu dan abah saya disatukan. 8.4.1984..cantikkan tarikh tu?? hehe..Ayah saya berasal dari Selangor. Ibu saya berasal dari Muar, Johor. Ibu saya selalu kata, bila sampai tarikh ni, 1 negeri Johor akan cuti. Konon2 sama-sama meraikan ulangtahun ibu dan abah saya la tu. hehehe.. Pejam celik, pejam celik, pejam celik..rupa2nya dah 26 tahun ibu dan abah saya membina mahligai bersama diserikan pula dengan 7 orang cahaya mata. Malangnya, salah seorang daripada kami, (adik saya) telah dijemput untuk bertemu dgn Allah terlebih dahulu. Suka duka hidup selama 26 thn telah dirasakan bersama. Ya Allah, semoga Engkau panjangkan ikatan ini hingga ke akhir nafas mereka di dunia ini. Amiiinnn...~~