I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 26, 2010

bila hati ingin mencari, andai cinta ingin diberi...

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti". Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang :

1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros. Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya. Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan. Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab. Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah. Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya...

Tuesday, January 19, 2010

jalan2 yg dirancang.. =)

Assalamualaikum w.b.t.. Oppsss, janji tak nak brutal2 kan kat sini??? Ok2, sopan je. Hehehe.. Hmm..akhirnya dapat gak meluangkan masa sket utk update blog. Tak banyak masa, sket pun jd lah.. Tak ada apa yg menarik utk dikongsi sebenarnya. Just nak citer kisah hujung minggu lepas. Lebih spesifiknya, kejadian semalam. Haha..baru semalam. Rasa mcm dah lama je..Hehe..

Semalam?? Ada apa dengan semalam?? Haha..tak ada pun. Cuma semalam keluar dengan member2 sekolej. Orang kata nak lepas tension. Ye r, sekali sekala nak gak lepaskan gian pergi keluar jalan2. Tak jauh mana pun, area2 Bangi ni je. Senang, dekat dengan UKM. Malas nak pergi jauh2. Nanti makin jauh kita merayau, makin banyak la duit yg nak di belanjakan. Dah lah sekarang ni dalam misi berjimat cermat. So, tema untuk hari semalam, "Dekat dan Menjimatkan" Hehe..Bukan apa, bulan ni dah belanja terlebih bajet lah pulak. Nak makan pun kena kontrol nafsu sket. Abah pulak mcm tak boleh nak membantu sgt bulan ni. Abah tak bagi duit belanja langsung! Puas dah buat muka kesian, tp mcm tak berkesan je. So, sekarang ni memang bergantung 100% dengan duit PT je lah...Aduyaiii... Ok, malas nak tulis panjang2. Tengok je la gambar kat bawah ni.......Huhuhu..


Air kotak tu pun ditaja..huhu...


@ MPH Allamanda, Putrajaya. 
dalam tak ada duit pun ada hati nak beli novel! haish, nafsu2...huhu
 
duit tak cukup, baca kat situ je lah..Muka tak bersalah langsung! ;-)


ala2 melancong kat Taman Negara gitu...haha


ni la niat asal kami kuar..nak pergi main bowling sebenarnya.. *wink wink
actually bkn nk ckp pe, tp terer gak saya main sebenarnye..waahhh!!puji diri..haha


yg pakai spek tu chief kami..beliau lah yg plan semuanya. kami ikut je..hehehe

Itu lah sedikit sebanyak aktiviti yg boleh dikongsi. Tak boleh kongsi lebih2, nanti tak ada privacy. Haha..poyo la plak. Perasan diri tu artis la tu! :-p Ok, assalamualaikum w.b.t..






Sunday, January 17, 2010

1 transformasi

Assalamualaikum w.b.t.. Setelah sekian lama tak update blog, kali ni dpt la gak update. Tak dpt update bnyk, sket pun jd la. Asalkan update!hehehe... Haa..tgk tajuk tu. 1 transformasi. Tajuk macam gempak je, tp hakikatnya tak adalah gempak mana pun. Hmm..bukan pe, tetibe rasa macam nak wat 1 perubahan. Perubahan ni pun setelah di fikir2kan sekian lama. Perubahan apakah???Status?? Haha..tidak sama sekali. Rilek2 dulu, ngaji dulu biar habis, lps tu baru fikir psl nak ber'boyfriend'. Terngiang-ngiang pesan ibu tatkala meninggalkan pesan utk anak gadisnya ini. Ye lah, abang dan kakak2ku telah pun selamat mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah, masing2 dah ada seorang cahaya mata. So, sedikit sebanyak hati ini kdg2 t'fikir tentang masa dpn. Dengan siapa kita nak hidup nanti, siapa yg akan ambil alih tanggungjawab ibu abah utk jaga kita. Semua tu pernah singgah dlm fikiran ni. Tak kisah lah siapa, tp yg paling penting biarlah lelaki itu seorang yg b'iman yg boleh m'jadi imam dan pelindung kepada diri ini dan plg penting menjadi ayah yg penyayang kpd anak2 ku nnt. Ok, cukup melalut sampai ke laut. Panjang betul mukadimahnya. Huhuhu...

Sebenarnya transformasi yg dimaksudkan adalah utk jadi yg lebih baik. Eh, bkn selama ni saya tak baik. Baik sungguh gadis ini. Hahaha..Cuma 1 hari tersentak dgn kata2 dr seorang teman. Setelah dia m'baca blog ini, tetiba dia mengatakan sesuatu. Ini antara dialog antara saya dgn seorang teman.

* situasi ini dah agak lama. Kira2 sebulan yg lepas..Lama ke???Huhu


Sahabat : Perghh..boleh thn blog ko Pika. Maju dah ko sekarang..
Saya      : Hahaha..mana ada. Biasa2 je. Bosan ddk kat kolej tak ada wat apa. Dari aku tido je bila tak ada kelas, baik aku menulis. At least orang tak adalah kata aku ni buta IT. 
Sahabat : Hmm..betul2. Aku sokong.
Saya      : Ko pun wat la blog. Nanti boleh la kita saling follow-mem'follow'. Hehehe...
Sahabat : Hmmm..tengok la mcm mana. Aku tak rajin. Lain lah macam ko. Eh, tapi aku komen sket ni. Ko kan selalu suruh aku komen macam2 benda yg ko wat kan, so skrg aku nak komen lah ni. Boleh?
Saya      : Apa dia? Make sure yg m'bina tau.. Hahaha
Sahabat : Bukan apa pun, cuma kdg2 aku tak faham sgt dengan apa yg ko tulis. Terlalu ringkas sgt. Sampai kdg2 aku rasa ko aje yg faham. 
Saya      : Eh, yeke? Tapi macam ni lah selalu aku tulis time SMS. Time SMS ko faham pulak.
Sahabat : SMS lain sayang oii. Ni blog. Ramai orang yang singgah baca. Boleh jadi orang susah nak faham denagan apa yg ko tulis. So, maklumat tak sampai.
Saya      : Owh...ok2. Lagi??
Sahabat : 1 lagi, aku rasa tak best la bila ko bahasakan diri ko "aku" kat sini. Nampak macam kasar sket pun ada.
Saya      : Eh, yeke?? Aku rasa biasa je. 
Sahabat : Ko rasa biasa. Orang lain??At least ko bahasakan diri ko "saya" ke "ana"   ke.. Baru lah sesuai dgn          cara hidup ko sekarang. Ye la, ko kan pelajar jurusan dakwah, tak kan nak tunjuk ke'brutal'an ko ..Hahaha..
Saya     : Hmm..betul gak apa yg ko cakap ni. Nantilah aku fikirkan dulu. Kalau aku dah b'sedia, aku tkr lah.


*Itu laa terjadi. So, ada la kot yg t'lupa sket2. Biasa lah, limited memory. Hehehe..

So, kesimpulannya itulah transformsi yg di sebut2kan. Bagi saya, w'pun perkara ini nampak remeh, tapi saya yakin, ia akan memberikan manfaat yg berguna 1 hari nanti. Antara perubahan ketara yg bakal wujud pd entri2 yg akan dtg :-

1- Penggunaan perkataan ringkas akan berkurangan.
2- Penggantian penggunaan "aku" kpd "saya"

Semoga perubahan ini akan terus berkekalan. InsyaAllah..Assalamualaikum w.b.t..


Thursday, January 7, 2010

cerita hari ini + sekadar renungan

Assalamualaikum w.b.t.. Blog! Blog! Blog!! Blog tempat merepek dan meluahkan segala2nya..huhu.. Sbnrnye banyak bnd yg jadi hari ni kat aku. Tp  aku nak citer 1 perkara je kat sini.Pg tadi sblm g kelas Manusia Dalam Al-Quran (subjek Ustaz Norelddin. Lecturer dr Sudan tu...hehehe), ada 1 kejadian menimpa diriku ini. Dah siap cantik2 nk g kelas, (ehem3..cantik ke???) aku pun bergegas menuju ke arah motorku yg telah sedia utk ditunggang. Tiba2!!!! Tayar motor pancit plak!!!Ish..time2 mcm ni la nk wat hal!! Aku ada 5 minit je lg sblum kelas start. Macam mne ni?? Aku nak g amik classmate aku kat kolej lain lg ni. Aku tak nak ponteng kelas. Nak di jadikan citer, tiba2 classmate aku Ijat & Fadhilah pun nak g kelas. Aku pun gtau problem aku. Ijat ni banyak contect dgn org luar. So, dia trs contect phomen dia utk tlg aku. Dalam 1/2 jam, masalah settle. Alhamdulillah.. G la kelas. Sampai kelas, kena perli dgn classmates aku. Diorg pkir kitorg sume lmbat bgn. Agak2 la..Kelas kul 10 pg. Tak kan kitorg ber4 sume lambat bgn plak. Ntah pape ntah...huhu..Ok, ckup sampai kat situ.

Hari ni gak aku dpt 1 email dr member aku kat UUM, Azie. Azie ni schoolmate aku time kat KISAS. Email dia sgt menarik & aku tertarik nak share kat sini. Ni la apa yg Azie bg kat aku...

Assalamualaikum....
Hola, aku jmpa dialog menarik nie.
Harap2 ianya akn sama2 mnjadi pengajaran untuk korg, especially, ME....



Intan :salam,free tak?nak tanye bende…

Rangga :free je,ade ape?Nak kawin ke?

Intan :Ngarot la ko ni.Ni nak tanye,ade sowang tu..die alim ar,die nak blanje aq makan..ko rase camne?

Rangga :Souka(oh ye?)..

Intan :die ni alim ar..banyak ilmu agame..pak imam..

Rangga : aq xde jawapan bagi soklan ko tadi tapi aq ade nasihat kalo ko nak dengar..nasihat tentang lelaki daripada lelaki..haaha

Intan : oh,takpe2..aku da taw takley,entah la knape aku nak membenarkan jugak..nasihat ape?

Rangga : ko jangan caye kat laki skang,sume xley arap nye.Yang cakap ni pom same je. Xkisay la die tok imam ke,tok lebai pakai serban btingkat-tingkat ke,amir jemaah ke, bila datang je kes pompuan,sume cair.Ko letak 1 jute ringgit depan aq ,aq xkan curi tapi kalo ko bagi aq pompuan kat aq,serius aq xley tahan.Memang ar sjarah telah mencatatkan disbalik kejayaan laki,ada pompuan di belakangnya contohnye nabi Muhammad.Di sebalik kejayaan Rasulullah,ada saidatina Aishah di belakangnya. Tanpa jemu memberi semangat kepada baginda sehingga baginda berjaya.Tapi ko kene ingat gak, sejarah juga mencatatkan kejatuhan sesebuah tamadun disebabkan pompuan gak.

Intan : eh,ye ke?Pompuan wat ape?

Rangga : xyah dot tengok tamadun lagi,tengok bende yang 1st skalik blaku lam idup manusia.

Intan : bende 1st skalik yang blaku lam idup manusia?Etooo*…Pristiwa nabi Adam makan buah khuldi kanaa*?

Rangga : a’a.Nabi Adam da nekad untuk taknak makan buah tu sebab Allah larang.Tapi sebab digoda oleh Hawa,nabi Adam makan gak.Natijahnye,due-due kene campak ke bumi dalam keadaan bogel.Tu satu contoh.

Intan : lagi?

Rangga : Tariq,panglima yang membuka Andalusia.Tariq ni hebat gle,tyme sampai kat Andalusia,die bakar kapal-kapal die n die kate bahawa wahai panglima-panglimaku,di belakangmu laut,di kiri kanan mu bukit dan di hadapanmu musuh.Jika kamu mahu terus hidup maralah ke hadapan dan cantaslah leher mereka.Kehebatan Tariq ni ditakuti oleh pihak kafir,so oram kafir pun hantar pompuan-pompuan yang lawa kat khalifah yang ade kat Bagdad dan meminta khalifah memanggil Tariq balik.So,Tariq pom dipanggil balik.Spatutnya,empayar Islam da bkembang sampai ke German taw.2 cite ni,nabi Adam dan Tariq ni menceritakan betapa lelaki ni lemah dengan perempuan.Nabi Adam,manusia yang berstatus nabi pun rebah kalo digoda wanita.

Intan : ala,tu goda..ni kuar biase je,makan-makan,borak-borak..mane la bley teransang.

Rangga : ni la pompuan,korang pk laki ngan pompuan same ke?Scare jujur,bukan daripada pengalaman aq je,ni pengalaman-pengalaman yang aq dengar dari kawan-kawan aq gak,laki x pelu sentuh-sentuh untuk transang.Dengan tengok,dengar suare da cukup untuk laki teransang.Korang memang la x transang.Ingat,hormon laki ngan pompuan lain.Lelaki,mate die x-ray,walopon pompuan tu berbaju tapi bagi lelaki,tu lutsinar,sume bende kami nampak.(HAHAHAHAHAHA....!!!!!) Ade kawan aq,xtaw ar memang die lemah ke ape ke tapi die cakap kalo die mesej ngan awek die,awek die cakap ‘sayang awak’, ‘rindu awak’, die da gersang da.

Intan : oh..gitu ke?da tu yang orang kate laki ade 1 nafsu n pompuan ade 9 nafsu tu?Spatutnye kalo pompuan tengok tak teransang,laki sentuhpun takkan teransang la.

Rangga : hadis mane ko pakai tu?Puas aq cari pasal tu tapi xjumpe.Tu just perumpamaan yg diberi oleh orang alim.Nafsu yang dimaksudkan tu bukanlah ape yang ko maksudkan,scare ringkas yang dimaksudkan tu kesukaan,kesukaan pada membeli belah,kesukaan pada makan,kesukaan pada lelaki,kesukaan pada belajar.Maksudnye korang ni ade banyak bende yang korang nak buat,laki ni skit je.Haa..aq tpkir sumting,try pk scare pecahan ko akan taw nape laki gle sangat pade pompuan.

Intan :pk scare pecahan?Etoo…laki ade 1 pompuan ade 9 ek..oh,maksudnye laki ade 100% pasal pompuan manakala pompuan lak ade 1/9 pasal laki kan?Macam ni kam?yang purple tu nafsu ke arah jantina lain.

Rangga : a’a,camtu ar.Tapi tu just pandangan aq la kalo ko nak gune hujah 1 nafsu dan 9 nafsu.Laki ni jarang jujur,die sanggup wat ape je untuk dapat ape yang die nak.Ramai laki yang nak pompuan sebab wajah die bukan prangai die,kengkadang ade laki yang cakap, “aq ske die sebab prangai die,die baik gle..muke aq tak kisay sangat.”Ni tipu,jarang benar ade laki camni,1 dalam 1000 kot. Ade kawan aq tu couple ngan 5 pompuan dalam 1 mase.Yang ptame die panggil sayang,yang kdue die panggil sayang,yang ktige die panggil sayang,sume die panggil sayang.Ayat same je, ‘awak spesel,awak sorang je yang saye ske.Xde oram macam awak.Saye betol2 rindukan awak. Luv u sooooooooooo much!!’Pompuan sbb kebaikan die,senang je dmainkan oleh laki. (SENANG CAIR LA NIE....!!!)

Intan : sbb kebaikan?

Rangga : a’a,sebab korang mudah pecaye.Korang pcaye sume bende laki cakap padahal lidah laki ni bercabang.Kadang-kadang,korang da taw da laki tu tipu tapi korang cakap, “nak wat camne, saye sayang kat die.”Kalo jenis camni,aq nak nasihatkan camne.Kalo bende yang bkaitan dengan hati aq tak taw sangat.Tolong ar jangan caye sangat ngan laki ni.Yang main ayat-ayat ni ok lagi tapi yang bahaye yang gune agama untuk dapatkan pompuan.

Intan : gune agama?

Rangga : sou,sou*..Kan banyak brite skang macam tu.Ustat temberang la,ape la..banyak sangat..Orang agame skang bukan macam dulu,dulu mereke jage pandangan betoi2 tapi skang kalo ustat tu, renung mate anak murid pompuan pom ade.Bukan nak cakap ape ar,tapi aq ade cite.Kawan aq tu ktue agama tempat aq blaja dulu.Die ade awek ar,tapi tu tak jadi hal besar sangat ar sebab budak ni baik sangat,subuh die ar paling awal ade kat masjid.So,ktorang rase die dapat jage batasan pergaulan die ngan awek die.Satu hari kantoi tengah dot berdua-duan ngan awek die lam gelap.

Intan : ye ke?Ish terok nye..

Rangga : tu la,tp xley nak cakap terok gak.Bagi aq,tu Allah nak tunjuk kat die Allah sayang kat die.Kalo Allah tak wat die kantoi,kompom die akan wat lagi,hari demi hari,tapi sebab Allah sayang kat die, Allah nak hentikan die daripada wat bende tu.Tu la,ko jangan mudah pcaye ngan oram-oram alim ni,ko tak kenai lagi die.Ko jangan caye kat laki,laki ni teruk..aku pom same ar,tyme aq ingat aq buat tyme aq lupe,nah..huhuhuhu..ko bley caye soram je laki atas muke bumi ni..

Intan : sape?Rasulullah?

Rangga : betoi la Rasulullah tapi ko x idup dengan baginda.Ish…Suami ko la!Ko ikut ape yang di suh slagi x langgar syarak,ko bley masok syurga ikut mane-mane pintu ko ske.Aq bace ni kat Azz.wordpress, tajok die ‘Wanita Solehah lebih baik daripada bidadari syurga’ kalo x silap.

Intan : oh..tq coz kongsi bende yang aq x penah taw..kire2 ni pom ko nak gode aq la ni? =P

Rangga :bongok~

TAMAT


***


Menarik kan? Aku post kisah ni kat sini bkn utk menjatuhkan kaum lelaki, nak kata lelaki jahat @ yg seumpama dgnnya tp skdr pengajaran yg berguna. Kalau diizinkan Allah 1 hari nnt pun aku akan kahwin dgn seorg LELAKI. Dunia skrg ni mcm2 boleh jd. So, kalau kita tak jg diri kita sndr, siapa lg yg nk jg?? So, renung2 kan lah...assalamualaikum w.b.t..






Tuesday, January 5, 2010

zaman persekolahan yang indah

assalamualaikum w.b.t.. tarikh 4 Jan 2010 bermula lah sesi persekolahan bg tahun ni. Hmm..tiba2 teringat zaman persekolahan aku dulu. 1st time abah hantar g sekolah. G sekolah naik apa aku mmg dah tak ingat. Ye r, dulu umur 7 tahun, skrg aku dah 21 tahun. Haruslah kalau aku dah tak ingat. huhu..

Ibu yg sibuk siapkan aku g sekolah. Abah plak dah siap tunggu kat depan pintu rumah. Ingat lg, ibu bekalkan air milo g sekolah. Siap masuk dlm botol air bsr lg. Bkn apa, ibu kata takut tak cukup. Ye r, time tu aku dgn air milo mmg tak boleh dipisahkan. hahaha.. Abah hantar masuk kelas. Masuk kelas 1 Cempaka. Abah siap carikan tempat duduk utk aku dalam kelas. Lepas tu abah duduk kat tepi kelas. Sikit2 aku jeling tgk abah ada ke tak. Tgk sekali, ada lg... 2 kali, ada lg.... 3 kali, ada lg...4 kali, dah tak ada..!huhu..Abah dah balik..!! Mula2 rasa bosan gak sebab tak ada kwn. Ye la, kalau nak di ikutkan dulu masa tadika, aku tadika kat tempat lain, dekat dgn rumah aku. Bila msk sekolah plak, aku kena sekolah dekat dgn rumah nenek. Semua kwn2 tadika aku tak ada. Yang ada kwn2 tadika org lain. Sedih sgt..huhu..Tapi tak apa, dulu2 mane ada kira sgt psl kwn ni. G sekolah, dpt duit belanja, main dgn kwn2 lepas tu balik rumah. Tak ada fikir sgt psl belajar betul2 ni. Eh, w'pun aku ni kaki main, tapi ternyata bijak gak aku ni. Darjah 1-4 exam mst dpt no 1-5 je. Tak pernah lebih. Lepas tu aku ejek kakak aku sebab result dia tak sebagus result aku. Tapi naik darjah 5 aku mula jatuh. Tu r, ejek lg kakak aku. Padan muka aku..!huhu..



Hmm..tu la kenangan di awal zaman persekolahan. Memang sweet sgt. Skrg sume member dah bertebaran di atas bumi yang fana ni utk cari haluan masing2. Yang dah kawen pun ada gak. (ish, gatal sungguh mereka ini..)huhu..ala, da sampai jodoh, nak wat mcm mana kan?? Tinggal lah aku yang msh lg single mingle ni..huhu..Hmm..tak apalah, perjalanan aku jauh lg. Masih banyak yg perlu aku kejar. Lepas tu boleh r fikir psl kawen plak. hahaha..


p/s : 3 kategori m'jadi pilihan..

       1) Mr. Doctor
       2) Mr. Engineer
       3) Mr. Lawyer.... weeeee~~~~  ;-)

Friday, January 1, 2010

hepi new year



 assalamualaikum w.b.t.. alhamdulillah, kte sume da msk ke thn 2010..babai 2009..mcm mne dgn impian kte ek??da t'tunai @ msh lg m'jd 'hutang' mcm thn2 sbelum ni??hmm...tak apa lah, kalau tak t'tunai lg, kte doa2 la agar harapan & impian kte tu akan t'laksana pd thn 2010 ni..tp mst hajat yg baik2 je..yg tak baik tu, jgn laa..don't naughty2 ok..!!huhuhu..

akhir thn ni biasalah sume org m'hitung hari untuk smpai ke thn baru ni.. jln je la kat mana2, countdown utk thn baru ni kat mna2 ada..bgs lah kalau kte ada semangat utk masuk ke thn baru tp ingt, bila masuknya thn baru, umur kte pun bertambah..kte bkn smakin muda, tp sebaliknya..so, sama2 lah kita bermuhasabah diri agar dlm thn baru ni tak kiralah sama ada thn baru hijrah @ masihi, kte semua sama2 brubah utk jd yg lbh baik..insyaAllah..