I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 17, 2010

1 transformasi

Assalamualaikum w.b.t.. Setelah sekian lama tak update blog, kali ni dpt la gak update. Tak dpt update bnyk, sket pun jd la. Asalkan update!hehehe... Haa..tgk tajuk tu. 1 transformasi. Tajuk macam gempak je, tp hakikatnya tak adalah gempak mana pun. Hmm..bukan pe, tetibe rasa macam nak wat 1 perubahan. Perubahan ni pun setelah di fikir2kan sekian lama. Perubahan apakah???Status?? Haha..tidak sama sekali. Rilek2 dulu, ngaji dulu biar habis, lps tu baru fikir psl nak ber'boyfriend'. Terngiang-ngiang pesan ibu tatkala meninggalkan pesan utk anak gadisnya ini. Ye lah, abang dan kakak2ku telah pun selamat mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah, masing2 dah ada seorang cahaya mata. So, sedikit sebanyak hati ini kdg2 t'fikir tentang masa dpn. Dengan siapa kita nak hidup nanti, siapa yg akan ambil alih tanggungjawab ibu abah utk jaga kita. Semua tu pernah singgah dlm fikiran ni. Tak kisah lah siapa, tp yg paling penting biarlah lelaki itu seorang yg b'iman yg boleh m'jadi imam dan pelindung kepada diri ini dan plg penting menjadi ayah yg penyayang kpd anak2 ku nnt. Ok, cukup melalut sampai ke laut. Panjang betul mukadimahnya. Huhuhu...

Sebenarnya transformasi yg dimaksudkan adalah utk jadi yg lebih baik. Eh, bkn selama ni saya tak baik. Baik sungguh gadis ini. Hahaha..Cuma 1 hari tersentak dgn kata2 dr seorang teman. Setelah dia m'baca blog ini, tetiba dia mengatakan sesuatu. Ini antara dialog antara saya dgn seorang teman.

* situasi ini dah agak lama. Kira2 sebulan yg lepas..Lama ke???Huhu


Sahabat : Perghh..boleh thn blog ko Pika. Maju dah ko sekarang..
Saya      : Hahaha..mana ada. Biasa2 je. Bosan ddk kat kolej tak ada wat apa. Dari aku tido je bila tak ada kelas, baik aku menulis. At least orang tak adalah kata aku ni buta IT. 
Sahabat : Hmm..betul2. Aku sokong.
Saya      : Ko pun wat la blog. Nanti boleh la kita saling follow-mem'follow'. Hehehe...
Sahabat : Hmmm..tengok la mcm mana. Aku tak rajin. Lain lah macam ko. Eh, tapi aku komen sket ni. Ko kan selalu suruh aku komen macam2 benda yg ko wat kan, so skrg aku nak komen lah ni. Boleh?
Saya      : Apa dia? Make sure yg m'bina tau.. Hahaha
Sahabat : Bukan apa pun, cuma kdg2 aku tak faham sgt dengan apa yg ko tulis. Terlalu ringkas sgt. Sampai kdg2 aku rasa ko aje yg faham. 
Saya      : Eh, yeke? Tapi macam ni lah selalu aku tulis time SMS. Time SMS ko faham pulak.
Sahabat : SMS lain sayang oii. Ni blog. Ramai orang yang singgah baca. Boleh jadi orang susah nak faham denagan apa yg ko tulis. So, maklumat tak sampai.
Saya      : Owh...ok2. Lagi??
Sahabat : 1 lagi, aku rasa tak best la bila ko bahasakan diri ko "aku" kat sini. Nampak macam kasar sket pun ada.
Saya      : Eh, yeke?? Aku rasa biasa je. 
Sahabat : Ko rasa biasa. Orang lain??At least ko bahasakan diri ko "saya" ke "ana"   ke.. Baru lah sesuai dgn          cara hidup ko sekarang. Ye la, ko kan pelajar jurusan dakwah, tak kan nak tunjuk ke'brutal'an ko ..Hahaha..
Saya     : Hmm..betul gak apa yg ko cakap ni. Nantilah aku fikirkan dulu. Kalau aku dah b'sedia, aku tkr lah.


*Itu laa terjadi. So, ada la kot yg t'lupa sket2. Biasa lah, limited memory. Hehehe..

So, kesimpulannya itulah transformsi yg di sebut2kan. Bagi saya, w'pun perkara ini nampak remeh, tapi saya yakin, ia akan memberikan manfaat yg berguna 1 hari nanti. Antara perubahan ketara yg bakal wujud pd entri2 yg akan dtg :-

1- Penggunaan perkataan ringkas akan berkurangan.
2- Penggantian penggunaan "aku" kpd "saya"

Semoga perubahan ini akan terus berkekalan. InsyaAllah..Assalamualaikum w.b.t..


0 comments: