I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, October 2, 2010

kasih ayah.. :')


Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, Allah masih lg memberi kita peluang dan kesempatan utk terus berpijak dan mengumpul amalan kebaikan di dunia sbg bekalan menuju ke akhirat.

Hari ini sy berkesempatan utk pulang sebentar ke rumah utk menyelesaikan beberapa perkara. Seperti biasa, utk pulang ke kg, sy perlu menaiki train dr Stesen KTM UKM ke Stesen KTM Sg. Buloh. Selepas itu, sy akan menunggu kakak sy menjemput sy dan terus ke Kuala Selangor. Hari ini, sewaktu sy menunggu kakak sy, ada sesuatu yg menarik perhatian sy.

"Kasih seorang ayah". Itu telah menggambarkan segala-galanya. Sewaktu sy sedang leka menunggu kakak dan asyik melayan lagu2 dr MP3, sy terpandang sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak perempuan yg berusia sekitar 2-3 tahun. Berdasarkan uniform, apa yg sy boleh katakan si suami hanya bekerja sbg penjaga kaunter tiket KTM. Manakala si isteri hanya berpakaian biasa. Si suami mendukung anak mereka. Rengekan dan tangisan memang sinonim dgn kanak-kanak. Dari apa yg sy lihat, kanak-kanak ini menangis sambil memeluk erat ayahnya. Disebabkan terus-menerus menangis, akhirnya uniform si ayah basah dek kerana air mata anaknya. Si ibu cuba mengambil anak daripada ayahnya namun anaknya enggan melepaskan ayahnya.

Dalam usaha memujuk, si ayah membelikan air yang dijual ditepi jalan untuk anaknya dengan harapan anaknya akan berhenti menangis. Si ibu juga terus memujuk. Saya tidak pasti mengapa kanak-kanak itu menagis tidak henti-henti. Si ayah menyuapkan air untuk anak perempuannya. Anaknya masih lagi menangis. Si ayah terus memujuk dgn sabar. Si ibu juga begitu. Mengusap-usap rambut anak mereka. Tiba-tiba, anaknya tersedak lalu air yang diminum oleh si anak tersembur lalu terkena baju si ayah. Baju uniform yang dipakai oleh si ayah basah dengan air minuman anaknya. Mengikut pandangan sy, sy rasa ayahnya baru hendak memulakan waktu tugasannya petang itu. Sy jangkakan si ayah akan marah atau setidak-tidaknya memberi anaknya untuk didukung oleh si ibu. Namun, apa yg menarik, si ayah terus memeluk anaknya dan mengusap-usap rambut anaknya.

Setelah lama sy perhatikan, rupanya pasangan suami isteri itu sedang menunggu teksi. Apabila teksi tiba, si suami membukakan pintu teksi untuk isterinya. Si anak masih lg di dalam dakapannya. Tiba masa untuk dia memberikan anak kepada si isteri namun si anak seperti tidak mahu melepaskan ayahnya. Semakin kuat dia menangis. Si isteri menghulurkan salam dan disambut oleh si suami. Dahi si isteri di cium kemudian dia mencium pula dahi anak mereka. Anak diserahkan kepada ibunya dalam keadaan masih menangis. Pintu teksi ditutup. Sambil tersenyum, si ayah melambai anaknya dari luar teksi. Berlaku perpisahan sementara antara mereka kerana si ayah ingin mencari rezeki demi menjamin masa depan keluarga mereka. Sy memerhatikan si ayah terus melambai anaknya sehingga teksi itu hilang dari pandangan. Selepas itu, si ayah berjalan melintasi untuk memulakan kerja. Dan apa yg sy dapat lihat, mata si ayah merah seperti menahan air mata. Ya Allah, betapa kasih dan sayangnya lelaki ini kepada anak dan isterinya. Walaupun hanya berpisah sementara, namun gambarannya seperti dia tidak boleh hidup tanpa kedua-dua insan penting dalam hidupnya.



Begitulah sedikit sebanyak apa yg boleh sy ceritakan. Kesabaran seorang ayah dlm melayan kerenah anak. Begitu juga dgn kita dahulu. Ayah dan ibu begitu sabar melayani kita. Tapi, apakah kita sanggup melayani kerenah mereka apabila tiba giliran kita menjaga mereka nanti??Fikir2 kan.. Assalamualaikum...










0 comments: