I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 17, 2010

bestnye OMBAK!!! :)

Assalamualaikum w.b.t. Agk lewat update blog kali ni. Maklum ler, akhir2 sem, mcm2 benda nak kena settle. Assigments, project and a lot of discussions I must to attend! =.=! Tp, tak kisah lah. Student life, biasa lah benda2 tu semua. Bila lg nak merasa kesibukan hidup sbg seorang mahasiswa. Dlm kesibukan, sy teringat kata2 seorang senior sy semasa sy mula2 menjejakkan kaki ke alam universiti ni.." ddk kat u ni busy tu biase lah dik..mcm2 bnda terabai..adik ade bf? kalau adik ade bf, silap2 bf adik pun terabai.."  :p


Dlm kesibukan, sempat gak sy luangkan masa utk melibatkan diri dlm satu program anak angkat anjuran persatuan mahasiswa fakulti sy. Selalunya program ni dipanggil OPKIM. Tp kali ni ditukar sikit nama program drpd OPKIM kpd OMBAK (Operasi Mahasiswa Balik Kg). Lokasi kali ni, Felda Gugusan Chini, Pahang yg melibatkan Felda Chini 3,4,dan 5. Sy mmg excited sgt nak join program tu. Nak cari pengalaman baru. Banyak benda br yg sy dpt kat sana. 


Firstly, sy suka sgt suasana kat sana. Seriously, mmg tenang sgt2. Subhanallah..Jauh dr hiruk pikuk bandar. Tenang, sejuk...Ish, sng citer mmg best lah! Setiap keluarga akn diberikan 2 org anak angkat. Ditakdirkan, sy dan seorg classmate sy, Kak Zu mendapat keluarga angkat yg sama. Ayah dan mak angkat sy merupakan salah seorg penduduk Felda Chini 5. Mempunyai 5 org anak, tp yg tinggal kat rumah hanya 2 org shj yg masih b'sekolah. Yg bestnya, rumah keluarga angkat sy ni betul2 berada dibelakang rumah makcik sy di felda yg sama. Haha..kecil betul dunia ni.. :p So, setiap petang lah sy akan mengajak kak Zu ni bertandang ke rumah makcik sy. Kdg2 kak Zu yg ajak sy. Hehe..Tp, xbermakna sy xseronok tggal di rumah keluarga angkat sy. 


Aktiviti2 yg diatur oleh pihak urusetia utk peserta pun mmg menarik. Yg seronok, kami semua dijemput untuk memeriahkan lg 2 rumah yg kebetulan mengadakan kenduri kahwin pd waktu itu. Kami sama2 bergotong royong dirumah pengantin. Siap ada yg sembelih lembu lg. Kira besar2an gak lah ni. Bg diri sy, sy sempat belajar cara-cara membuat kuih tepung bungkus. Actually, sy mmg tahu rupa kuih ni. Dah biasa mkn dah pun sbb kuih ni adalah kuih kegemaran ibu sy. Tp, biasa lah kita2 ni, tahu mkn je. Buat xreti plak.. :p Seronok bergotong royong dgn penduduk2 kg. Penduduk kg menyambut kami dgn baik sekali. Mereka mengalu-alukan kdtangan kami. Di sana, kami tidak merasakan kami seorang mahasiswa tp merasakan kami sebahagian penduduk felda! Kemeriahan kenduri kahwin pun kami dpt rasai. Secara peribadi, jarang utk sy rasai kemeriahan sesuatu majlis kenduri kahwin spt ini. Maklumlah, di tempat sy semua hidangan menggunakan khidmat katering. Bila sekali sekala terlibat dgn aktiviti spt ini, rasa seronok sgt sampai x terasa pun kepenatannya. :)


Pengalaman bersama keluarga angkat pun xkurang seronoknya. Mak dan ayah angkat sy dan kak Zu sgt baik. Kami dilayang dgn layanan yg sgt baik. Sampai kami pun segan bila dilayan spt itu. Hihihi.. Soal tmpat tidur yg selesa, makan yg cukup. Bagi sy,semuanya lengkap. Yg plg penting, sy dpt rasakan sndr suasana kg kerana sy rindu sgt dgn kedamaian kg! Mak dan ayah kami meminjamkan kami motor utk memudahkan pergerakan kami menyertai aktiviti2 kami. Apa lg, kami pusing lah seluruh kg! Haha..Itu pun ayah kami nak bagi kereta plak. Katanya lebih mudah. Tp sy dan kak Zu awal2 menolak. Takut2 makin jauh langkah kami. Silap2 ayah jumpa kami tgh enjoy sakan kat Kuantan nanti. Hahaha :p


Hari terakhir, sebelum pulang, kami sempat singgah melawat Tasik Chini yg terkenal dgn lagenda naganya. Manalah tahu, rezeki kami utk berjumpa dgn naga yg dimaksudkan. Hehe.. Kos sewa bot adalah RM60 bg satu bot. Satu bot itu plak dikongsi seramai 6 orang. So, kira xde lah mahal sgt. Kami dibawa mengelilingi Tasik Chini. Mmg best! Pusing2 naik bot. Abg yg bawa bot tu siap buat lap lg!hahaha..mmg advanture! Singgah sebentar ke kg org asli. Penduduk kg tu xramai mana pun. Kami diberitahu hanya 5 keluarga je yg ada kat sana. Sy juga sempat beramah mesra dgn seorang drpd penduduk kg org asli kat sana. Seorang yg hanya m'bahasakan dirinya 'kakak'. Kakak ni mempunyai 7 orang anak. Yang sulung berusia 13 thn dan yg bongsu br berusia 2 bln. Ha..cuba teka berapa umur kakak ni???Kakak ni br b'usia 29 thn. Muda lg kan??Tapi anak dah 7. :) 


Petang itu kami semua b'siap2 utk pulang. Semua keluarga angkat bersama-sama m'hantar kami ke bas utk pulang ke UKM. Setiap keluarga angkat memberikan hadiah kpd anak2 angkat mereka tanda kenang2an. Sedih juga nak berpisah tp nak buat mcm mana. Ada rezeki InsyaAllah kami semua akan ke sana lg. Babai Felda Chini!!! :')


:. before gerak ke SMK Chini 2.. xtau nak pose mcm mne..mcm ni pun bleh la..hihi :) .:
:. calon2 menantu pilihan..hehehe .:
:. rewang kenduri kahwin :) .:
:. @ padang Felda Chini 5 .:
:. with my best partner, miss hazwani azmi :) .:
:. banner program OMBAK .:
:. atas bot.. tq hazwani azmi for the pic! .:
:. ni lah Tasik Chini!!! kelihatan spt perlumbaan bot dihadapan sana.. :p .:
:. salah satu pulau yg ada kat Tasik Chini.. .:
:. @ Kg. Chendahan (kg. org asli) .:
:. with anak2 org asli Kg. Chendahan .:
:. try menyumpit tp xkena target! huhu..topi atas tu mmg xbleh bla..kredit to slh sorg abg yg bwk bot kami.. dia yg buatkan.. sungguh kreatif abg itu..:) .:
:. With one of org asli yg ada kat perkampungan tu. Nama baby tu Mashika. maybe sempena filem 'Magika' yg tgh main kat cinema. haha..kidding only..! :p .:

Actually bnyk lg pic tp malas nk upload. :p Hahah..biasalah, malas itu selalu ada..hahaha.. Ni je kot yg bleh share. Next time kite citer lg. Mana tahu join apa2 lg program anak angkat, boleh citer bnyk2. :) assalamualaikum...

0 comments: