I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 20, 2010

Sem baru, tahun baru, semangat baru

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, Dia masih lg meminjamkan sedikit nikmat kpd kita utk terus hidup di dunia ini. :) 

12 Julai 2010. Bermulanya sem baru utk semua pelajar UKM. Dan sy pula dengan rasminya menjadi pelajar tahun kedua Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pejam celik, pejam celik dah setahun berlalu. Macam baru semalam family sy hantar kesini utk mendaftar. Hmmm..cepat betul masa berlalu. So, benda2 mcm ni m'buatkan kita sedar tntang hakikat hidup kat dunia ni tak ada lah lama mana pun. 

Semester ketiga ni juga merupakan semester yg agak stress bagi sy. Jadual yg padat, pelbagai program yg harus disertai dan mcm2 lg. Untuk semester ni, sy mengambil 25 jam kredit. Satu jumlah jam kredit yg agak berat. Ada kwn2 sy, sy sengaja 'mencari nahas' dgn mengambil jumlah jam kredit yg sebanyak itu. Tapi, ada juga kwn2 lain yg buat begitu dan alhamdulillah mereka tidak mengalami sebarang masalah. Jadi, jika org lain boleh buat, kenapa sy tak boleh buat? Mind setting kita yg selalu menafikan kebolehan kita. Jika ada usaha, tawakal dan doa insyaAllah kita tak akan ada masalah untuk menggapai kejayaan kita. Mohon doa dari semua juga agar segala urusan dipermudahkan. 

Bila masuk tahun kedua ni, saya perlu belajar dgn lebih gigih lagi. Sy masih ingat dengan kejadian di semester pertama ni universiti ini. Terus terang sy katakan, sy pernah jatuh tersungkur di permulaan jalan dulu. Dan sy rasa cita2 yg selama ini sy kejar menjadi semakin jauh. Namun, Allah masih sygkan sy. Dia hadirkan insan2 yg memahami sy untuk menjadi perangsang dan pendorong semangat sy. Hal seperti ini semestinya dirahsiakan dari pengetahuan keluarga sy. Teman2 disekeliling ini lah yg tak putus2 m'bakar semangat sy. Mereka beri sy semangat dan harapan utk sy bangun semula. Alhamdulillah, nikmat pemberian Allah yg Maha Kaya, semangat yg hilang muncul kembali dan sy dpt mengecapi nikmat kejayaan itu kembali. Dari situ juga sy dapat mempelajari pelbagai perkara yg sgt berguna utk diri sy. Terima kasih kpd teman2 yg setia disisi dan ibu abah yg setia mendoakan kejayaan sy. 

Kini di UKM, sy mempunyai 'adik2 baru'. Junior2 sesi 2010/2011. Kepada korang, belajar lah bersungguh2. Jangan sia2kan peluang belajar di universiti ini. Dan ingat, jgn sesekali kita leka dgn sesuatu perkara sehingga kita mengabaikan tanggungjawab sebenar kita sbg seorang pelajar. Ingat, peluang tak akan dtg berkali2. Untuk mendapat peluang kedua, banyak pengorbanan yg harus dilakukan. Jadi, fikir2kan lah.. Assalamualaikum w.b.t

0 comments: