I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, July 10, 2010

macam2 cerita

Assalamualaikum w.b.t. Hai kawan2!! Seriously, mmg lama gler tak b'blog ni. Habuk pun da banyak kat blog ni. Kena kasi bersih sket. Hehe..Actually bukan tak ada cerita, tapi alasan biasa lah, M.A.L.A.S. Sebut betul2...MALAS..ye, pandai murid2 semua..~~ :p Untuk menjimatkan masa sy dan tenaga korg yg sudi membaca blog ni, sy kumpulkan semua cerita dalam satu entri. Okey??..Hmm..okey la tu..hehehe...

Semua cerita ni berlaku sepanjang cuti sem ni. Cuti yg panjang dan agak m'bosankan!huhu.. Ye lah, nak sangat cuti kan??Hambik la cuti panjang2 ni. Cuti lah puas2!

1st story : Cuti sering dikaitkan dgn majlis perkahwinan. Tak kira lah cuti sekolah ke, cuti perayaan ke, cuti khas ke..maka ramailah yg ambil peluang nak buat majlis perkahwinan. Dan sepanjang cuti semester ni, seramai 3 orang kawan sy dah pun selamat diijabkabulkan. Semuanya kawan dari sekolah menengah sy. Alhamdulillah.. Cepat betul jodoh diorang ni sampai. Dan alhamdulillah diatas jemputan yg diterima sy berkesempatan menghadiri 2 daripada 3 majlis tersebut. (majlis yg satu lg tu jauh sket..lgpun sy ada urusan lain ketika itu). Apa2 pun tahniah kepada kawan2 sy yg telah pun bertukar status. Semoga kalian dpt menjadi suami/isteri yg soleh dan solehah dan dapat membentuk keluarga yg bahagia. Jangan lupa doakan kami pula agar cepat bertemu jodoh. :)

2nd story : Trip ke Singapura. Actually benda ni dah lama dah tapi tak ada lah lama sangat. Trip ni jd semasa baru bermula cuti semester ni. Apa yg boleh sy katakan tentang trip ni ialah ia merupaka satu jangka masa yg sgt pendek tp menyeronokkan. Trip ni hasil gabungan mahasiswa/mahasiswi UiTM dan UKM. Trip yg disertai oleh 39 orang ini terdiri daripada 36 pelajar UiTM dan 3 orang shj pelajar UKM. Huhuhu..Actually sy tak kenal pun sesiapa dalam trip ni melainkan jiran sebelah bilik sy di UKM.  Senior sy dari UKM pun ada sekali tp tu lah, sy pun tak pernah jumpa dan langsung tak kenal. Bila sampai masa kami nak bertolak, barulah kenal. Lepas tu pula, jumpa lah senior sy sewaktu di sekolah rendah dulu. Haha..kecil betul dunia ni kan?? :) Di sana, banyak tempat juga yg kami lawati tp pengalaman yg paling menyeronokkan bila kami singgah di Sentosa. Macam2 permainan yg ada. Kat situ jugalah terletaknya Universal Studio. Bayaran masuk ke Universal Studio sebanyak $65 SD. Kalau nak dikira dlm RM kira2 RM130. Niat dihati nak juga merasa masuk ke Universal  Studio tu tapi bila memandangkan bajet dah lari time kami shopping sebelum tu, lupakan je lah niat tu. Tapi permainan yg ada di Sentosa tu pun memang semuanya menyeronokkan. Kalau ada rezeki dan peluang, sy memang nak pergi lagi! :)

3rd story : Reunion KISAS. Cerita tentang reunion ni pernah sy post dlm entri yg sebelum ini. Reunion yg serba ringkas tetapi terpahat 1001 kenangan dalam ingatan kami. Walaupun perkenalan kami tak lama, namun ikatan persabahatan yg terjalin bagaikan kami telah berkawan bertahun-tahun lamanya. Seronok bila dapat berjumpa semula. Sahabat2 dari serata universiti malah dari UNIMAS turut hadir bagi memeriahkan majlis. Memang itu merupakan pengalaman yg sangat berharga. Teringat sy pada 5 keunikan yg ada di bumi waqafan, Kolej Islam Sultan Alam Shah.( TARBIYAH, TEACHERS, BIAH SOLEHAH, UKHWAH, FRIENDS ) Thanks for the friendship!!


4th story : Sy memang rapat dengan kawan2 dari sekolah menengah sy (SAMJ). Setiap kali cuti semester, pasti ada shj rancangan yg diorg dah plan. Kali ni lokasi pilihan di Taman Pertanian, Shah Alam. Ada orang panggil Bukit Seri Cahaya. Ntah lah, mana satu yg betul. Tapi sy panggil Rumah Empat Musim je. Senang!hahaha.. Tempat ni mmg dah lama dah cuma kami je yg tak ada masa utk ke sana. Cuti semester ni alhamdulillah diberi sedikit peluang utk melihat dgn lbh dekat alam ciptaan Tuhan ni. Sebanyak 3 kereta berkonvoi menuju ke destinasi. Sampai disana, kami berbasikal mengelilingi sekitar taman. Berpeluh juga lah! Tapi mmg pengalaman yg menyeronokkan. Sebelum balik kami semua adakan perlawanan bowling di Bowling Centre,  Plaza Alam Sentral. Sehari suntuk juga kami berjalan. Tak kisah penat asalkan kami dapat berkongsi kegembiraan bersama. :)


5th story : Tau kan apa program terbaru kat TV sekarang?? Hahaha..betul! Jawapannya ialah Imam Muda. Setiap hari Jumaat jam 9.00 p.m. Actually sy sgt menyokong kalau ada program2 macam ni. Ye lah, sekarang ni kita dah banyak sangat program2 realiti yg melahirkan artis2. Kita sekarang memerlukan seorang yg betul2 boleh dijadikan ikutan. Dari program tu juga kita boleh belajar sedikit sebanyak asas2 agama di samping kita menyasarkan calon! Hahaha..xde lah, gurau je! :) Okeylah, selamat menonton IMAM MUDA hanya di ASTRO OASIS. (buat iklan pulak!) hehehe...


0 comments: