I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 29, 2009

niat di hati ingin berdiet.. tp......

 Assalamualaikum w.b.t.. berblog lg kita utk kali ini..hehe..haaa...nmpak tak title blog aku kali ni..ye!!aku nak diet!!da 6 thn aku tanam azam ni tp tak jalan2 gak..bnyk betul syaitan dan nafsu yg menyekat keinginan aku ni..!aishhh..ini tak boleh d biarkan!!kang smpai ke sudah aku tak berdiet...huhu..

Diet seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul. Tubuh yang tidak menerima nutrien yang mencukupi dan seimbang akan menghadapi masalah penyakit.
Prinsip Asas Diet Seimbang

  • Tiada satu makanan yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Contohnya, beras membekalkan karbohidrat, manakala ikan kaya dengan protein.
  • Piramid makanan merupakan panduan yang berjaya membantu kita merancang makanan harian yang seimbang
Tabiat Makanan Yang Sihat vs Apa Yg Aku Buat..


  • Amalkan tabiat makan sajian makanan yang seimbang, seing mempelbagai makanan yang dimakan, dan tidak memilih makan yang digemari sahaja.
  • Amalkan tabiat makan yg membimbangkan, sering mempelbagaikan makanan mengikut keluasan pinggan yg ada.
  • Makan mengikut waktu bukan kerap makan atau biarkan perut terlalu kosong
  • Makan mengikut suka w'pun wallet sudah hampir kosong.
  • Disiplin diri dalam pengambilan makanan dengan aktiviti supaya sihat dan berat badan dapat dikawal
  • Disiplin kan diri agar tidak mengambil makanan yg keterlaluan harganya agar dpt membeli makanan lain jam2 akan datang.
  • Mengamalkan pengambilan makanan yang terjaga kebersihannya
  • Benar2 mengamalkan kebersihan sehingga nak makan buah rambutan pun kena basuh dulu sebelum makan.
  • Minum air masak secukupnya kerana tiga perempat tubuh badan manusia terdiri daripada air
  • Jarang sgt2 minum air masak..Apa barang minum air masak??Milo ais la br world!!hahaha..
  • Jangan mudah dipengaruhi iklan untuk memakan makanan yang manis, tinggi kandungan garam , terlalu berlemak dan berminyak 
  • Sangat mudah terpengaruh dgn iklan..lg2 kalau ada iklan psl ayam panggang ke, ayam golek ke, Kenny Roagers Roasters ke, Kenny Remy Martin ke...eh, sape plak tu??huhuhu..

0 comments: