I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 24, 2010

bezanya kita dgn mereka

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, masih lagi Dia memberikan ruang dan peluang utk kita bernafas dan melakukan sgla aktiviti harian kita. Saya ada satu cerita yg ingin dkongsi dan sy rs cerita ni mmg menarik utk diceritakan. :-)

Kisah ini terjadi sewaktu saya dlm p'jlnan menuju ke rumah kakak saya di gombak. Saya kesana dgn menaiki ktm dari Sg. Buloh - KL Sentral. Tiba di KL Sentral, saya pun berjalan dan membeli Oreo McFlurry McD utk saya makan sementara menunggu kedatangan kakak saya. Saya tak berminat utk menunggu seseorang hanya dgn duduk sahaja. Sekurang-kurangnya saya harus ada sesuatu untuk dilakukan dan sesungguhnya Oreo McFlurry mmg sdp! :-) Seterusnya saya pun berjalan dengan membawa beg2 saya dan Oreo McFlurry saya, (^_^) ke tempat menunggu di luar pintu utama KL Sentral. Ditakdirkan, saya duduk bersebelahan dgn seorang remaja perempuan. Kira-kira dalam 5 minit saya disutu akhirnya dia menegur saya. Yelah, saya kalau dah jmpa makanan mmg lupa semuanya. Hehe.. Dia memperkenalkan dirinya sbg Jasmin dan saya pun m'perkenalkan diri saya. Dia bertanya saya dari sekolah mana. Saya hanya tersenyum. Mungkin ketika itu saya memakai T-Shirt sekolah saya dan nmpak mcm budak nak blk asrama kot. Hehe.. Saya kata saya student UKM dan dia terkejut. Dia kata saya nampak muda dan nmpak mcm budak sekolah!! Hehe..Dia yg ckp mcm tu ye, bkn saya. Hehehe.. Dia masih belajar di Universiti College of Dublin dan balik ke Malaysia sempena cuti semester. Dia bertanya saya tentang kurusu yg saya ambil di UKM dan saya hanya menjawab saya mengambil kursus dibawah Pengajian Islam. Dia kata saya sgt beruntung kerana dpt mengambil kursus itu. Katanya, jika ada peluang dia memang ingin mendalami kursus itu. Dia mula bercerita tentang kehidupannya di Dublin. Cara hidup, rakan-rakan, persekitaran dan sebagainya. Katanya peratusan org Malaysia di universiti itu sangat sedikit. Orang Malaysia yg beragama Islam hanya sebanyak 400 orang sahaja jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan pelajar disana yg berjumlah hampir 30000 orang. Amatlah sedikit! Dia mula bercerita tentang biah solehah disana. Menurut ceritanya mmg sgt berbeza penekanan yg ada disana berbeza dgn disini. Disana, sedaya upaya mereka cuba mengekalkan biah solehah agar tidak ada pelajar2 Islam yg t'ikut-ikut dgn cara hidup org Barat. Usrah sentiasa diadakan, ceramah selalu juga dijalankan dan pelbagai aktiviti keIslaman dilakukan disana. Betapa mereka sgt mengambil berat tntang hal ini. Berbeza dgn realiti di Malaysia yg seperti tidak mngambil berat tntang hal2 sebegini. Saya berkata kpdnya tntang prinsip yg saya pegang selama ini. Seperti mana kita sentiasa mencari makanan utk mengisi kekosongan perut kita, seperti itu jugalah kita harus memastikan agar rohani dan jiwa kita tidak kelaparan. Saya mendengar dgn penuh teliti. Memang benar, inilah realiti masyarakat kita. Ia memang tidak boleh dinafikan lagi. Sebelum kami berpisah, saya sempat berpesan kpdnya agar jgn sesekali mengenepikan soal ini dan sentiasa istiqamah dengan apa yg kita telah lakukan. Sesungguhnya pesanan itu utk diri saya sendiri juga.

0 comments: